LABUAN – Panitia Pendidikan Agama Islam SKPS bersama-sama Dato Sri Alias telah menganjurkan program Ihya Ramadhan dan ceramah nuzul Al quran serta Majlis Khatam Al-Quran yang berlansung pada 7 Jun 2018 bertempatkan di Dewan SKPS .
Program yang berlansung dari 8.00 hingga 11.30 pagi itu bertujuan untuk memberi rasa kesedaran mengenai menjaga amal ibadah didunia serta memupuk rasa kesyukuran dan kegembiraan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Program Ihya Ramadahan ini melibatkan semua pelajar SK Pekan Satu termasuk pelajar –pelajar Pendidikan Khas (PPKI) bagi bertujuan untuk memupuk bakat dan penglibatan mereka . Selain itu , pelajar-pelajar juga terlibat dengan persembahan nasyid yang dipersembahan dengan penuh bersemangat telah memeriahkan lagi sambutan program tersebut.
Penceramah jemputan iaitu Ustaz Syahnon b. Othman dari Sekolah Kebangsaan Pantai telah memberi pengisian yang cukup bermakna kepada pelajar-pelajar SK Pekan Satu terutamanya kepentingan solat fardhu dan amalkan bersedekah .
Guru Besar SK Pekan Satu Puan Anita Shyamini S Azman hadir sama untuk memeriahkan lagi majlis yang turut disertai oleh Penolong Kanan HEM, Pn Norlihan bt Alip, Penolong Kanan PPKI,Puan Basnerah bt Jamilide dan barisan guru-guru Pendidikan Agama Islam PPKI dan Perdana .
Turut hadir tetamu istimewa iaitu En Mamduh b. Zakaria sebagai perasmi untuk program tersebut .
Tambahan itu , program Ihya Ramadhan turut menyelitkan sumbangan khas buat anak yatim berbentuk hamper , beras, air kordial serta duit raya sejumlah RM100 seorang. Sumbangan ikhlas juga dihulurkan daripada Dr Dato Sri Alias untuk anak yatim iaitu duit raya berjumlah RM50 dan baucer sebanyak RM50 di pasaraya d’ One Mart WP Labuan seorang .
‘Saya ingin memberi jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam SKPS kerana berjaya menganjurkan majlis pelancaran Program Ihya Ramadhan pada kali ini dan semoga kita berjumpa di lain masa. Saya mengucapkan selama meneruskan ibadah puasa Ramadhan Al-Mubarak ini. Semoga segala amal ibadah dan jariah yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini akan diterima dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.’