Rafieq Rafizie, SMK Labuan Johan Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA) 2018

Rafieq Rafizie Nur Sha S.Roslee dari SMK Labuan dinobatkan sebagai johan pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (Cakna) 2018

Labuan – Peserta dari SMK Labuan, Rafieq Rafizie Nur Sha S. Roslee telah dinobatkan sebagai johan pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (Cakna) 2018 yang berlangsung pada 26 Julai 2018 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan negeri, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Naib Johan disandang oleh Nasaruddin Mohd. Shukri dari Kolej Sultan Abdul Hamid (Kedah) dan tempat ketiga dimenangi oleh Muaz Syakir Ahmad Shaarani, SMK Sentosa (Perak).

Sebanyak 16 pasukan dari 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan termasuk Labuan menyertai pertandingan itu.

Kejayaan Rafieq  yang ditemani Guru Pengiring Cikgu Siow May Yun membawa pulang sijil dan wang tunai RM1,700.

Pengetua  SMK Labuan mengucapkan tahniah dan sekalung penghargaan kepada Rafieq yang telah mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Labuan dan SMK Labuan khususnya.

Tahniah dan syabas kepada Rafieq yang mendapat bimbingan gurunya cikgu Siow May Yun. Terima kasih juga buat keluarga Rafieq yang sentiasa memberikan sokongan moral sehingga mampu muncul johan di peringkat kebangsaan. katanya.

Pertandingan itu dikelolakan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM dan Cyber Security Malaysia (CSM).

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Zaidi Yazid.

Rafieq Rafizie bersama Cikgu Siow May Yun

image_pdfimage_print