Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-61, Sayangi Malaysiaku Peringkat SK Sungai Bedaun

Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Sungai Bedaun 2018, disempurnakan oleh Puan Dg. Sarifah binti A.Mahmod (Guru Besar SK Sungai Bedaun) diiringi Puan Sunah binti Tahir (Penolong Kanan HEM SK Sungai Bedaun) dan Encik Mohd Aizam bin Abdul Rahim (Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Bedaun)

Labuan,06 Ogos (Isnin) – SK Sungai Bedaun telah melancarkan Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah sewaktu perhimpunan pagi yang telah dikelolai oleh Panitia Sejarah. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Puan Dg. Sarifah binti A.Mahmod, Guru Besar SK Sungai Bedaun W.P.Labuan.

Majlis Pelancaran ini, melibatkan seluruh warga SK Sungai Bedaun, murid-murid dan guru-guru. Murid seawal usia 5 Tahun juga turut bersama-sama mengibarkan bendera bagi merasai semangat kemerdekaan. Seluruh warga SK Sungai Bedaun telah menyanyikan lagu tema sambutan kemerdekaan ke-61 dan beberapa buah lagu patriotik dalam pelancaran bulan kemerdekaan.

Murid Prasekolah turut bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan, mewarna bendera Malaysia, melukis poster merdeka, nyanyian lagu patriotik, pakaian beragam tema merdeka, pertandingan teka silang kata, pertandingan sajak, pameran dan kibaran bendera sepanjang bulan Ogos hingga September.

Diharapkan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat meningkatkan semangat cintakan Malaysia dalam kalangan warga SKSB.

Semua Guru bersama-sama menjayakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Sungai Bedaun, WPLabuan
image_pdfimage_print