SMK Rancha-Rancha Sekolah Pertama di Labuan Miliki Radio Sekolah

Wajah ceria yang ditunjukkan oleh Encik Raisin Saidin, Encik Omar Baki, Encik Ag Marten bersama Warga Sekolah dan Jabatan di konti radio SMKRR

Labuan, 8 Ogos – SMK Rancha-Rancha melakar sejarah dengan melancarkan stesyen radio yang dikenali sebagai Rancha’s FM 107.5Mhz, sekolah pertama di Labuan yang memiliki radio sekolah.

Pengetua SMK Rancha-Rancha, Encik Omar Baki Matusin menzahirkan rasa syukur kerana projek ini dapat dilaksanakan dengan hasil kerja keras dari guru-guru serta para pelajar sekolah.

Syabas dan tahniah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Rancha-Rancha, terutama Guru Perpustakaan dan Media, Encik Sapri Idris dan Juruteknik Komputer, Encik Mohd Nuzhul bin Mat.

Menurutnya, SMK Rancha-Rancha telah membina sebuah bilik konti yang memudahkan Rancha’s FM 107.5Mhz bersiaran secara langsung dan uniknya ianya dikendalikan sendiri oleh para pelajar dengan bimbingan guru-guru.

Secara tidak langsung, projek ini dapat mencungkil dan mengetengahkan bakat pelajar dalam dunia kerjaya yang melibatkan bidang penyiaran termasuklah juruhebah, wartawan, editor, juruteknik, penceramah dan pelakon.

Sudah tentunya projek ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan kualiti komunikasi pelajar.

SMK Rancha-Rancha juga bertindak progresif dengan membuat kolaborasi perjanjian persefahaman antara sekolah dan Radio Malaysia Labuan.

Deejay Radio Sekolah ketika mengendalikan Siaran Rancha’s FM 107.5Mhz eksklusif bersama Pengarah Encik Raisin Saidin dan Pengetua SMK Rancha-Rancha, Encik Omar Baki Matusin

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Raisin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan di Pusat Sumber SMK Rancha-Rancha, hari ini.

Encik Raisin Saidin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya merealisasikan penubuhan Stesen Radio Rancha’s FM 017.5Mhz.

Tambahnya lagi projek ini menggunakan Spektrum Frekuensi Radio berjenis Frequency Modulation ( FM )  dan jarang-jarang dibuat oleh sekolah-sekolah di Malaysia.

Kewujudan stesyen radio ini diharapkan akan menyebarkan maklumat terkini berkaitan pembelajaran, aktiviti sekolah dan komuniti setempat. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu menjadikan radio sekolah ini  salah satu medium penting untuk menarik minat pelajar dan orang luar terhadap sekolah.

Hebahan maklumat yang menarik dan menghiburkan melalui radio secara langsung dapat memberi publisiti kepada sekolah.

Sesungguhnya penubuhan Stesen Radio Rancha’s FM 017.5Mhz merupakan suatu usaha dan kreativiti SMK Rancha-Rancha yang sangat membanggakan.

Syabas dan Tahniah diucapkan !

Encik Raisin Saidin dan Encik Omar Baki bersama tetamu yang hadir dihadapan konti Rancha’s FM 107.5Mhz
image_pdfimage_print