International Education Adventure 2018

Pelajar-pelajar dan guru pengiring Labuan yang menyertai International Education Adventure 2018

Labuan, 10 Okt – Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah telah mengadakan International Education Adventure 2018 bertempat di Kem Tasoh Perlis dan di Rattanasarn Scout Camp, Songkhla Thailand pada 29 Sept hingga 4 Okt 2018.

Penyertaan keseluruhan melibatkan 216 peserta dari seluruh Malaysia (kecuali Sabah) dan melibatkan 14 badan unit beruniform. 4 buah sekolah dari negara Thailand juga terlibat dalam menjayakan  program ini.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah menghantar 4 orang peserta, seorang guru pengiring iaitu Puan Maslina Arifin dan diketuai oleh Ketua Unit Badan Beruniform JPWPL, Encik Mohd Aminuddin Hj Abdul Malek.

Gambar kenangan bersama sebilangan peserta International Education Adventure 2018

Empat peserta yang menyertainya ialah Adik Sofia Umaira Ismail, Nur Athirah Asmawi, Muhammad Nor Mukhlis Mohd Nizam dan Hana Raihana Mohd Aminuddin, kesemuanya dari SMK Labuan.

Matlamat program adalah untuk meningkatkan disiplin, kesopanan, sikap kerjasama dan bertanggungjawab selain dapat mempelajari dan mengetahui budaya luar negara.

Program yang berlangsung di Kem Tasoh Perlis melibatkan aktiviti ikatan tali, asas kawad, mari belajar bahasa Thailand dan bacaan kompas.

Manakala di Kem Rattarasarn Thailand melibatkan aktiviti Survival skill (hiking), explore songkhla, Fitness Challenge, Teamwork dan Malam Kebudayaan.

Aktiviti ikatan tali di Kem Tasoh Perlis

Segala aktiviti yang dijalankan dapat membantu peserta mengetahui kebolehan, kecekapan, kemahiran serta kemampuan diri sendiri semasa aktiviti berlangsung.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Mr Adinan Pakbara, Naib Menteri kepada Perdana Menteri Thailand.

Turut hadir Encik Afandi Abu Bakar, Konsulat Malaysia Wilayah Songkhla dan Encik Abd Aziz Selaman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.

Berita Oleh :  Encik Ismail Abdullah, Pengetua SMK Labuan

 

image_pdfimage_print