SMK Lajau Raih Pencapaian Membanggakan Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Kebangsaan 2018

Wira & wirawati PPKI SMK Lajau bergambar di pentas bersama guru-guru pembimbing

Labuan, Usaha berterusan dan tidak pernah mengenal erti penat akhirnya membuahkan hasil apabila PPKI SMK Lajau yang mewakili Labuan berjaya meraih tempat di dalam Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Kebangsaan 2018 yang di adakan pada 22-24 Oktober 2018 di Hotel Tower Regency Ipoh, Perak.

PPKI SMK Lajau mengambil bahagian dalam 3 daripada 11 kemahiran yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan iaitu kemahiran Pramusaji, Dekorasi Kek Pengantin Diraja dan Seni Tekat, manakala PPKI SMK Mutiara mengambil bahagian dalam kemahiran Housekeeping & Dekorasi Pulut Kuning.

Lebih manis lagi, PPKI SMK Lajau berjaya mendapat tempat dalam kalangan 3 tempat terbaik daripada 16 buah negeri seluruh Malaysia. PPKI SMK Lajau mendapat Johan dalam kemahiran Pramusaji dengan mengalahkan Kedah dan Terangganu dengan masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Manakala, Dekorasi Kek Pengantin Diraja berjaya merangkul tempat ketiga dalam karnival tersebut.

Dr Abdul Aziz Bari , EXCO Kerajaan Negeri Perak, menyampaikan Hadiah, dan sijil kepada, Waniera, dan Al shahdie, Johan Pertandingan Pramusaji

 

Gandingan mantap antara Mohd Al Shahdie bin Mohd Salleh dan Siti Waniera Safiyyah binti Herwan adalah gandingan terbaik yang dipertaruhkan oleh Labuan bagi merangkul Johan dalam kemahiran Pramusaji dalam karnival tersebut manakala Mohd Zulhilmi Hazim bin Sibidol dalam acara Dekorasi Kek Pengantin Diraja. Bagi kemahiran Seni Tekat, Labuan sekadar meraih tempat ke-9 dalam kemahiran tersebut.

Ini merupakan kejayaan terbaik yang pernah dirangkul oleh Labuan khususnya PPKI SMK Lajau sejak karnival tersebut diperkenalkan sejak tahun 2014 lagi. Guru pembimbing Cikgu Nordiana binti Abdul Karim, Cikgu Zurinah Hj Daud & Cikgu Mazlinah Mohamed berkata, usaha gigih yang tidak kenal erti putus asa, semangat juang yang tinggi, displin, mendengar setiap arahan dan bimbingan daripada guru merupakan resepi kejayaan anak-anak didik kami. Kejayaan ini juga membuktikan bahawa anak-anak istimewa juga mampu membuktikan diri mereka dalam kalangan yang terbaik di peringkat kebangsaan dan bukannya hanya sekadar jaguh kampung.

Kejayaan manis yang terlakar ini juga menunjukkan kemenjadian murid dalam pendidikan khas dan menunjukkan bahawa mereka berada pada “kelas” mereka yang tersendiri. Usaha dan kerjasama yang berterusan dalam kalangan semua pihak adalah diharapkan bagi menambahbaik pencapaian murid-murid pendidikan khas pada masa akan datang.

Tahniah. Mohd Jamatin,Pengetua SMK Lajau, (berdiri, lima dari kiri) menyambut kepulangan pelajar PPKI SMK Lajau

Berikut adalah keputusan penuh yang melibatkan SMK Lajau bagi pertandingan tersebut :

Sekolah SMK Lajau
Program/Aktiviti KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2018, IPOH PERAK DARUL RIDZUAN
Tarikh 22/10/2018
Anjuran KPM
Kategori Sekolah Menengah
Peringkat Kebangsaan
Pencapaian Johan Pramusaji
Nama Pelajar 1. MOHD AL SHAHDIE BIN MOHD SALLEH
2. SITI WANIERA SAFIYYAH BINTI HERWAN
Nama Guru Pengiring NORDIANA BINTI ABDUL KARIM
Sekolah SMK Lajau
Program/Aktiviti KARNIVAL KEMAHIRAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS 2018, IPOH PERAK DARUL RIDZUAN
Tarikh 22/10/2018
Anjuran KPM
Kategori Sekolah Menengah
Peringkat Kebangsaan
Pencapaian Ketiga Dekorasi Kek
Nama Pelajar MOHD ZULHILMI HAZIM BIN SIBIDOL
Nama Guru Pengiring ZURINA HJ DAUD

Berita Oleh :
Encik Mohd Jamatin Abd. Latip
Pengetua SMK Lajau

image_pdfimage_print