SMK Mutiara, Johan Pertandingan School Lab Peringkat Kebangsaan 2018

Labuan – SMK Mutiara telah mengharumkan nama Labuan dengan memenangi Pertandingan School Lab Peringkat Kebangsaan 2018 bertempat di Mines International Exhibition and Convention Center, Seri Kembangan Selangor.

Pertandingan ini bertujuan memberi peluang kepada murid-murid berkongsi topik dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan cara yang menarik dan inovatif melalui penyampaian yang ringkas dan mudah.

Ternyata, persembahan pelajar SMK Mutiara bukan sahaja menarik minat para juri, malah turut mencuit hati penonton yang hadir di pertandingan itu.

Satu persembahan yang sangat kreatif, menarik dan mencuit hati serta padat dengan maklumat. Syabas dan Tahniah diucapkan !

Hadiah disampaikan oleh Pengarah British Council (Malaysia) Ms. Sarah Deverall.

Anda boleh saksikan persembahan pelajar SMK Mutiara dalam pertandingan School Lab di alamat https://youtu.be/O_oP55UFDSw

Bersama Piala Kemenangan dan Sijil

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut :

Sekolah SMK Mutiara
Program/Aktiviti Pertandingan School Lab Peringkat Kebangsaan 2018 bertempat di Mines International Exhibition and Convention Center, Seri Kembangan Selangor
Tarikh 05/11/2018
Anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia Dengan kerjasama British Council (Malaysia)
Kategori Sekolah Menengah
Peringkat Kebangsaan
Pencapaian Johan
Nama Pelajar 1. Khadijah binti Hazmi
2. Mathew Chew Kah Ming
3. Daniel Dean Jayson
Nama Guru Pengiring Angela Joseph

image_pdfimage_print