Lawatan Penandaarasan KPM ke Program Pendidikan Khas Intergrasi, SMK Lajau

Datuk Dr Yasmin (tengah-tudung biru) bersama rombongan KPM, guru-guru dan warga PPKI SMK Lajau

LABUAN, 29 Oktober – Seramai 45 orang delegasi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Program Pendidikan Khas Intergrasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau, Wilayah Persekutuan Labuan.

Lawatan ini diketuai oleh Yang Berbahagia, Datuk Dr. Yasmin binti Hussain, selaku Timbalan Pengarah Cawangan Perancangan dan Penilaian Bahagian Pendidikan Khas, KPM, turut dihadiri  Ketua-Ketua Sektor Bahagian Pendidikan Khas dan Ketua-ketua Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri seluruh Malaysia.

Rombongan diiringi oleh Puan Maimoon Matnoh, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di awal lawatan, rombongan disajikan dengan  persembahan Angklung  daripada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi  (PPKI) SMK Lajau, di Dataran Gemilang.

Pelajar-pelajar PPKI SMK Lajau menyambut kedatangan rombongan dengan persembahan Angklung

Encik Jasmi bin Sabtu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, mewakili Pengetua SMK Lajau, dalam ucapannya, pihak sekolah berbesar hati dan berasa gembira kerana SMK Lajau terpilih sebagai sekolah yang dilawati dalam program ini.

Dalam ucapan balas, Datuk Dr Yasmin binti Hussain, sebagai ketua rombongan  turut melahirkan rasa teruja kerana kemeriahan sambutan yang diterima.

Tambahnya lagi, beliau turut terhibur dengan alunan alat muzik angklung yang dimainkan oleh pelajar berkeperluan khas dengan menyatakan guru-guru telah berjaya menerapkan nilai murni dan kemenjadian murid-murid PPKI di sekolah ini.

Sejurus itu, rombongan tersebut dibawa  melawat ke kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi yang menjalankan kelas KSSM.

Antara projek yang dijalankan ialah  Projek Asas Tanaman, Projek Pembuatan Pastri iaitu Cheese Tart, Projek Kraf Tangan, Projek Jahitan, dan Projek Pembuatan Pastri. Pelajar-pelajar PPKI menunjukkan bakat masing-masing kepada ahli-ahli rombongan.

Puan Maimoon (kanan) bersama ahli rombongan KPM, ketika melawat kelas Pembuatan Pastri Cheese Tart

Berita Oleh :
Encik Mohd Jamatin Abd. Latip
Pengetua SMK Lajau

 

image_pdfimage_print