Anugerah Teknologi Pendidikan 2018 Hargai Inisiatif ICT dan Media

Encik Raisin Saidin (duduk depan tengah) bersama pentadbir sekolah dan para pemenang

Labuan, 8 Nov – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri telah mengadakan Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di BTPN Labuan, hari ini.

Majlis yang berlangsung sederhana tetapi meriah itu bertujuan memberikan pengiktirafan kepada murid, guru dan juruteknik komputer sekolah dalam menghargai inisiatif ICT dan media pendidikan di Labuan.

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Raisin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam ucapan perasmian, beliau menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada para pemenang,

Penggunaan ICT dan sumber yang tepat amat penting dalam menuju era Revolusi Industri 4.0 yang memerlukan kita membuat keputusan dengan pantas.

Sudah tentulah peranan utama ini dimainkan oleh  Guru Penyelaras Bestari/ICT, Guru Data, Guru Penyelaras Media dan Juruteknik Komputer dalam membantu guru serta murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT di sekolah dengan sokongan padu daripada  pentadbir sekolah.

Encik Raisin bin Saidin menyampaikan sijil penghargaan kepada guru SMK Pantai Puan Baexi

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri,  Encik Ag Marten Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana, warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan 2018.

Untuk rekod, Sebanyak 24 anugerah teknologi pendidikan dan ICT melibatkan kategori sekolah rendah dan menengah telah disampaikan pada majlis tersebut.

Antara anugerah 2018 yang disampaikan ialah anugerah Guru Penyelaras Bestari/ICT Terbaik, Guru Data Terbaik, Guru Perpustakaan Media Terbaik, Juruteknik Komputer Terbaik, Pengurusan ICT Sekolah Terbaik, Anugerah Nilam, Penggunaan VLE Terbaik kategori sekolah, guru dan murid serta Laman Web Sekolah Terbaik.

Guru Besar SK Pekan Dua, Encik Jaafar menerima sijil kemenangan daripada Encik Raisin Saidin

Pelajar Tingkatan 4 SMK Labuan Rafieq Rafizie Nur Sha S Roslee mencipta sejarah tersendiri apabila muncul johan Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (Cakna) 2018.

Penyelaras Majlis, Encik Jeeva Reani, Bahagian Teknologi Pendidikan WP Labuan.

Turut hadir, Puan Hjh Siti Muslihah Hj Leeudin, Pengarah Kolej Vokasional Labuan, Encik Samsudin Yalla, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat, Jabatan Pendidikan WP Labuan, Para Pengetua dan Guru Besar.

 

Pengetua Encik Ismail bersama para pemenang dari SMK Labuan

 

Gimik Perasmian Anugerah Teknologi Pendidikan 2018, disempurnakan oleh Encik Raisin Saidin

 

image_pdfimage_print