SK Sungai Bedaun Memupuk Semangat Perpaduan Dalam Kalangan Warga Sekolah

Murid-murid sangat berminat mendengar penerangan dan ingin mencuba

Labuan – 07 November 2018, SK Sungai Bedaun telah melangsungkan Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sempena perayaan Deepavali. Satu daripada pengisian dalam program perpaduan ini ialah demonstrasi menebar roti canai.

Pihak sekolah telah menjemput Encik Mohd Taufik untuk menunjukkan cara membuat roti canai kepada warga SK Sungai Bedaun. Semua murid bermula dari Prasekolah sehingga Tahun 6 serta guru-guru dan AKP telah turut serta bagi menjayakan program ini. Lebih menarik lagi, Encik Mohd Taufik adalah Alumni SK Sungai Bedaun dan merupakan anak jati Kampung Sungai Bedaun.

Murid mencuba sendiri membuat roti canai, dibimbing oleh Encik Taufik

Murid-murid dan guru-guru berpeluang menebar roti canai di Dewan Permata SK Sungai Bedaun. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah dan meraikan murid-murid yang menyambut perayaan Deepavali.

Guru Besar (Puan Dg. Sarifah binti A.Mahmod), dalam ucapannya mengharapkan warga SK Sungai Bedaun akan meneruskan budaya saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

Persediaan untuk memulakan sesi Demonstrasi Menebar Roti Canai.
Dari kiri, Pn. Dg.Sarifah binti A.Mahmod (Guru Besar SK Sungai Bedaun), En.Mohd Taufik bin Haji Matali (Alumbi SK Sungai Bedaun), Pn. Rina @Farrina binti Dakim (Penolong Kanan Pentadbiran SK Sungai Bedaun), Puan Sunah binti Tahir (Penolong Kanan HEM SK Sungai Bedaun)

Loading

image_pdfimage_print