Perpaduan Warga SEMELA, Malam Gemilang SMK LAJAU 2018 Disambut Meriah

Pengetua SMK Lajau ( Tengah ), bersama PK Pentadbiran Cik Nor Ain, PK HEM Encik Jasmi Sabtu, Encik Dahlan Kasssim, YDP PIBG Encik Tapa Jani bersama-sama guru dan staf SMK Lajau 2018.

Labuan: Seramai 74 orang tetamu yang terdiri daripada guru, staf dan pasangan menghadiri Majlis Makan Malam Gemilang (MMG) SMK Lajau anjuran Kelab Guru dan Staf SMK Lajau (KRAF). MMG ini disambut meriah di Hotel Aifa WP. Labuan pada 9 November 2018 yang lalu.

Selain untuk meraikan guru-guru dan staf sepanjang tahun 2018, MMG ini juga diadakan bertujuan untuk meraikan persaraan Penolong Kanan Kokurikulum SMK Lajau, En. Dahlan bin Kassim. Beliau telah berkhidmat selama 1 tahun di SMK Lajau. Sepanjang perkhidmatan beliau, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah terutamanya dalam bidang kokurikulum sama ada di peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan.

Menurut En. Dahlan, banyak pengalaman dan kenangan manis sepanjang beliau berkhidmat di SMK Lajau. Kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan oleh semua warga sekolah memberi semangat dan panduan bagi beliau untuk menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini.

Pengetua menyampaikan hadiah persaraan kepada Encik Dahlan Kassim

Manakala, Pengetua SMK Lajau En. Mohd Jamatin Abd. Latip pula telah menyempurnakan MMG yang turut dihadiri oleh barisan pentadbir SMK Lajau dan YDP PIBG  En. Tapa bin Jani. Menurut En. Mohd Jamatin, majlis seperti ini perlu diteruskan  supaya hubungan antara guru-guru serta staf bertambah erat antara satu sama lain juga sebagai wadah perpaduan dalam kalangan pelbagai bangsa dan anutan agama. Perpaduan erat antara guru dan staf memainkan peranan penting kea rah penyatuan kaum.

Majlis yang bertemakan Retro 60an ini bertambah meriah dengan kedatangan tetamu yang memakai pakaian mengikut tema. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang majlis berlangsung. Antaranya adalah teka-teki santai 60an, karaoke lagu 60an, pertandingan pakaian mengikut tema dan peragaan Si Cilik 60an.

Encik Jasmi Sabtu dan Puan Rozila Mohamad, pemenang pakaian mengikut tema 60an.

Selain itu, MMG ini juga turut diserikan lagi dengan acara penyampaian sijil dan hadiah bagi Staff Of The Month dan anugerah Khas Pengetua yang dikendalikan oleh AJK KRAF dengan kerjasama Bidang Kemanusiaan, Bidang Sains dan Matematik.

Pada malam tersebut, En. Azhar Kasiman telah menerima anugerah Duta MMI kerana mencatatkan kehadiran 100% sepanjang perkhidmatan pada tahun 2018. Beliau tidak pernah mengambil Cuti Sakit dan Cuti Rehat Khas sepanjang tahun ini.

Turut diadakan juga acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada semua tetamu yang hadir. Pihak KRAF juga menawarkan 2 hadiah Grand Prize iaitu barangan elektrik yang ditaja oleh pihak Hotel Aifa dan hadiah wang tunai sebanyak RM300 daripada KRAF. Cik Nordiana Abd. Karim dan En. Aminuddin Fahmi telah menjadi tetamu bertuah pada malam itu apabila mereka masing-masing menerima hadiah Grand Prize yang telah disediakan oleh penganjur.

Sambutan Hari Jadi Guru / staff bagi bulan Oktober, November dan Disember

Pengerusi KRAF, En. Muhd Hisyam Assim melahirkan perasaan gembira dan kagum dengan kerjasama yang diberikan oleh semua AJK KRAF yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan MMG yang merupakan majlis terakhir bagi mereka pada tahun 2018.

Sepanjang tahun 2018, En. Muhd Hisyam Assim dan AJK KRAF bekerjasama bagi mencari dana untuk menampung kewangan kelab dan menganjurkan pelbagai program untuk warga SMK Lajau. Mereka juga telah mengumpul hadiah dan sumbangan untuk acara cabutan bertuah yang dinantikan oleh semua tetamu yang hadir pada malam MMG tersebut.

MMG yang cemerlang ini telah mendapat sumbangan dari pelbagai pihak. Antaranya ialah Koperasi SMK Lajau, Moneygain Sdn. Bhd, Hotel Aifa Labuan, Mesra Supplier, HMD Automobile, Awang Aircond, Dayang Stationery & Supplies, Five Sense Enterprise, Ryeann Enterprise, Cemerlang Sainstifik (Sabah) Sdn. Bhd. Dan Kantin SMK Lajau.

Sumbangan turut diperoleh daripada orang perseorangan iaitu Pn. Fatimah, Pn. Febriyanti, Pn. Jamiah dan En. Dahlan.

Ucapan oleh Pengetua SMK Lajau, Encik Mohd Jamatin Abd Latip

Berita Oleh :
Encik Mohd Jamatin Abd. Latip
Pengetua SMK Lajau

Loading

image_pdfimage_print