Perhimpunan Bulan November 2018 : Sentiasa Di Hadapan

Encik Raisin Saidin meraikan sambutan hari jadi warga pendidikan yang lahir pada bulan November

Labuan, 21 Nov – Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan bagi bulan November telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, hari ini.

Tema perhimpunan pada bulan ini ialah ‘SENTIASA DI HADAPAN’.

Dalam ucapan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Raisin Saidin berpesan kepada semua Pegawai, Pengetua dan Guru Besar Sekolah agar sentiasa menjadi pemimpin yang mempunyai daya tarikan, berkualiti, berkreativiti dan berinovatif.

Pemimpin perlu berkongsi kejayaan dan menjadi sumber inspirasi kepada orang lain, serta membuat sesuatu dengan yakin dan bersungguh-sungguh.

Beliau tidak lupa mengingatkan agar pentadbir sekolah sentiasa menyemarakkan ‘Roh Guru’ kepada semua guru dan menanamkan unsur kasih sayang merentas semua  aspek.

Saya menyeru agar unsur kasih sayang perlu ada dalam diri setiap pemimpin dalam usaha bersungguh-sungguh membina pasukan yg kuat dalam organisasi masing-masing. Encik Raisin Saidin.

Di akhir ucapan, Encik Raisin Saidin memohon semua warga pendidikan Labuan agar sentiasa memantapkan diri dengan budaya ilmu melalui pembacaan dan pengkaryaan.

Encik Raisin Saidin menyampaikan sijil kepada Cikgu Yahya, Guru Inspirasiku Bulan November 2018

Pada perhimpunan kali ini, beberapa anugerah telah disampaikan seperti Staff of the month, anugerah tandas dan lorong terbaik sekolah, pencapaian bulanan VLE, sambutan hari jadi dan anugerah Guru Inspirasiku.

Cikgu Yahya Burhanudin dari SM Sains Labuan telah terpilih sebagai Guru Inspirasiku bagi bulan November 2018.

Turut diraikan guru yang bersara wajib dan bersara pilihan iaitu Tuan Haji Zulkifli Zakaria, Pegawai SISC+ (Matematik Sekolah Menengah) Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Dahlan Kassim, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Lajau, Encik Azizie bin Yusoph, SMK Labuan dan Puan Salbiah Mokhsin SK Bukit Kalam.

Setinggi penghargaan kepada sekolah SK Bebuloh dan SK Lubok Temiang yang telah membuat persembahan lagu sekolah masing-masing.

Guru bersara yang diraikan Puan Salbiah Mokhsin

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan bagi tahun 2018. Selamat bercuti kepada para guru dan murid, sentiasa utamakan keselamatan masing-masing.

Berita : Cikgu Mohd Nizam Yasim

Loading

image_pdfimage_print