SMK Labuan, SK Sungai Bedaun Johan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat WP Labuan 2018

Gambar Kenangan Kontinjen SMK Labuan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat WP Labuan 2018

Labuan, 20 Nov – SMK Labuan muncul Johan Kategori Sekolah Menengah Perarakan Maulidur Rasul Peringkat WP Labuan 2018 yang berlangsung di Dataran Labuan, hari ini.

Kontinjen SMK Labuan diwakili oleh 40 orang peserta terdiri daripada guru-guru, staf dan murid-murid, diketuai oleh En Ismail bin Abdullah, pengetua SMK Labuan.

Pengetua SMK Labuan mengucapkan terima kasih atas penyertaan guru-guru dan staf SMK Labuan serta ibu bapa yang membenarkan penyertaan anak-anak mereka dalam perarakan tersebut.

Apa yang penting ialah penghayatan terhadap majlis Maulidur Rasul dalam kalangan peserta, katanya.

Majlis telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat : Y.B Datuk Rozman bin Datuk Hj Isli, Ahli Parlimen Labuan.

Turut hadir  Dato’ Sri Hj Amir bin Hussien, Pengerusi Perbadanan Labuan,  Dato’ Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan

Untuk Rekod,  Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat WP Labuan 2018, Kategori Sekolah Rendah telah dimenangi oleh SK Sungai Bedaun.

 

 

Loading

image_pdfimage_print