Perhimpunan Bulanan JPWPL, Oktober 2018 : Ciri Utama Pemimpin Sekolah Abad ke-21

Encik Raisin menyerahkan surat kenaikan pangkat kepada Puan Siti Zahara

Labuan, 23 Okt – 10 ciri utama yang perlu ada dalam diri pemimpin sekolah abad ke-21, demikian intipati utama ucapan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin pada perhimpunan bulanan JPWPL bulan Oktober 2018, hari ini di BTPN.

Sepuluh ciri utama tersebut ialah :

  1. Kejujuran dan integriti.
  2. Inteligent (cerdik pandai).
  3. Keupayaan untuk mengupayakan orang lain.
  4. Mendengar suara-suara semua pihak (termasuk guru, ibu bapa dan pkp)
  5. Pendekatan turun padang.
  6. Mempunyai aura positif.
  7. Pengetua Guru Besar perlu tahu watak guru-gurunya dan guru-gurunya perlu mengenali murid-muridnya. Pengetua Guru Besar perlu menunjukkan pendekatan yang positif dengan warga sekolah dan ibu bapa.
  8. Keyakinan yang tinggi. Pengetua Guru Besar perlu menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi dan boleh didekati.
  9. Mempamerkan komitmen tulen sebagai penggerak kepada warga sekolah terutama guru-guru dan murid-murid.
  10. Bersedia untuk sentiasa belajar benda baharu yang boleh membawa perubahan yang positif kepada  sekolah.

Majlis diserikan lagi dengan perkongsian ilmu daripada Guru Besar SJK(C) Chung Hwa, Puan Yong Kui Chin yang membawa tajuk ‘Bagaimana menjadi seorang guru yang disenangi dan disayangi oleh murid ?’.

Seterusnya persembahan nyanyian Lagu Sekolah, meraikan kenaikan pangkat pegawai dan staf, penyampaian sijil anugerah, staff of the month dan sambutan hari jadi kepada warga pendidikan Labuan.

Penghargaan kepada Puan Yong GB SJK(C) Chung Hwa atas perkongsian ilmu
image_pdfimage_print