Sekolah Milik Komuniti : SM St Anthony

Sumbangan cek bernilai RM8300.00 oleh Presiden Lions Mandarin Club Encik Chin Kin Yin kepada Dona diperhatikan oleh Yee Choon Hian ( tengah ), Amiah Bua ( Pegawai Angkat Sekolah ), Sarjan Jusman Toba ( Penolong Pegawai Perhubungan Polis Sekolah ), Chia Sia Theng ( YDP PIBG ) dan Emily Yap ( Ahli )

LABUAN, Sekolah Menengah St. Anthony amat bersyukur kerana mendapat keprihatinan daripada masyarakat atau komuniti setempat di pulau ini termasuk pihak NGO.

Sebagai sebuah sekolah bantuan modal yang mempunyai 419 orang murid, sekolah memerlukan bantuan dan kemudahan bagi  meningkatkan kemenjadian murid dalam pelbagai bidang yang diceburi khususnya dalam bidang kokurikulum dan akademik.

Pada 18 Februari 2019 LABUAN Lions Club Mandarin telah mengadakan salah satu projek amal membantu murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah dalam bentuk pemberian kupon pemakanan berkhasiat.

Presiden Lions Club Encik Chin Kin Yin telah menyumbangkan sebanyak RM8300.00 kepada 10 orang murid terpilih di Sekolah Menengah St. Anthony W.P.Labuan dalam bentuk kupon pemakanan berkhasiat.

Encik Chin Kin Yin dalam ucapan beliau semasa majlis penyerahan sumbangan di SM. St. Anthony ,  berharap dengan sumbangan dapat meringankan beban ibu bapa sekaligus menyokong para pelajar untuk meneruskan persekolahan mereka.

Selain itu pihak sekolah juga menerima sumbangan satu  set komputer  Acer dan HP dari Encik Franky Tay Kian Lo  pemilik syarikat FT  Maju Enterprise .

Manakala  satu set kumputer jenama  Acer disumbangkan oleh Puan Evelyn Kok Hui Ching, yang merupakan salah seorang Alumni SM St. Anthony tahun 1979 – 1983. Kedua-dua penyumbang ini mempunyai anak yang sedang bersekolah di sekolah ini.

Komputer ini untuk kegunaan pejabat sekolah bagi pengurusan hal ehwal murid serta aktiviti kokurikulum sekolah.

Encik Franky Tay Kian Lo ( tengah ) menyumbangkan 1 set komputer jenama ACER dan HP kepada Dona disaksikan oleh Jackson ( PK Kokurikulum ), Yee Choon Hian (PK HEM) Liberie (PK Pentadbiran)

Sekolah juga menerima sumbangan sebuah meja ping pong terpakai yang masih baru dari  Encik Ker Chin Chuan dan isteri Puan Marilou Beth Tubar.

Sumbangan ini telah diusahakan oleh Encik Yee Choon Hian Penolong Kanan HEM sekolah ini.

Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan kemudahan kepada para pelajar untuk mengadakan latihan pada Rabu semasa aktiviti kokurikulum.

Dari Kiri : Jerrey ( Guru Penasihat Kelab Ping Pong ), Beth Tubar ( Penyumbang ) dan Yee Choon Hian PK HEM )

            Dona selaku Pengetua sekolah  sentiasa mengalu-alukan sumbangan komuniti di pulau ini sama ada pihak swasta atau NGO serta orang perseorangan dalam apa jua bentuk bagi menyokong pembangunan pendidikan di sekolah ini khususnya. Mudah-mudahan dengan kerjasama baik  antara sekolah dan komuniti ini meningkatkan lagi kecemerlangan dan kemenjadian murid di sekolah ini.

Sumbangan 1 set computer jenama ACER dari Evelyn Kok Hui Ching ( ALUMNI SAS ). Sumbangan disampaikan oleh wakil Syarikat Picotec kepada Liberie (PK Pentadbiran) disaksikan oleh Yee Choon Hian  (PK HEM dan En Kuanfuh@Jackson (PK Kokurikulum)

Berita Oleh : SM St Anthony

Loading

image_pdfimage_print