Motivasi Murid Tahun 6 Skk Sk St. Anne Tahun 2019

Gambar kenangan bersama penceramah Tn Hj Makhtar bersama murid-murid dan jawatankuasa pengelola program motivasi 2019

Labuan, 09 Mac 2019 Kursus Motivasi murid tahun 6 telah diadakan di Dewan Bomba Jalan Kampung Jawa W.P Labuan. Penceramah jemputan yang diterbangkan khas dari Kota Kinabalu, Tn Hj Makhtar B Imam Hj Nor telah menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid. Komitmen yang tinggi daripada ibubapa untuk menghantar anak-anak ke kursus ini amatlah dipuji. SKK SK St Anne mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kerjasama daripada pihak Bomba Dan Penyelamat, atas kebenaran menggunakan dewan dan juga bantuan mengangkat kerusi ke dewan.

Kurus ini telah berjaya meningkatkan motivasi diri dalam kalangan murid tahun 6 untuk berusaha gigih bagi mencapai kejayaan semasa UPSR 2019 dan membantu murid menetapkan matlamat hidup yang ingin dicapai. Murid juga dibimbing untuk membuat perancangan pengurusan masa bagi persiapan menghadapi UPSR

Semoga kejayaan yang lebih gemilang akan dapat digapai oleh murid tahun 6 SKK St Anne di dalam menghadai UPSR 2019

Loading

image_pdfimage_print