Andesh Johan Tokoh Nilam Kategori Bahasa Inggeris Peringkat Negeri W.P Labuan

Labuan ,13 Mac 2019 (Rabu) – SKK SK ST. Anne telah menghantar wakil bagi PENILAIAN TOKOH NILAM Peringkat WP. Labuan. Andesh A/L Thevendran mewakili sekolah bagi kategori Bahasa Inggeris. Manakala Nur Azrieana Afizah Binti Mohammad Nazri mewakili kategori Bahasa Melayu. Selain itu, sekolah juga menghantar penyertaan bagi kategori Folio Kreatif Sekolah Rendah.

Andesh telah mendapat Johan bagi kategori Bahasa Inggeris dan Nur Azrieana Afizah mendapat tempat ketiga bagi kategori Bahasa Melayu. Bagi kategori Folio Kreatif Sekolah Rendah pula, Andesh mendapat tempat ketiga dan Nur Azrieana Afizah mendapat Naib Johan.

Andesh akan mewakili WP. Labuan ke peringkat kebangsaan pada bulan April nanti.

Andesh (kiri) dan Azrieana Afizah (kanan) bergambar kenangan bersama-sama trofi kemenangan

Dorongan ibu bapa dan bimbingan para guru telah berjaya membantu kejayaan peserta Tokoh NILAM sekolah ini. Tanpa dorongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru-guru, kejayan ini tidak akan dapat dicapai.

SKK SK. Anne sentiasa melakar kejayaan dalam Penilaian Tokoh NILAM peringkat WP. Labuan. Pada tahun ini merupakan tahun keenam SKK SK ST. Anne berjaya mendapat Johan dan mewakili WP. Labuan ke peringkat kebangsaan. Semoga Andesh akan beroleh kejayaan di Peringkat Kebangsaan nanti dan mengharumkan nama WP. Labuan. Pembimbing bagi tokoh nilam SKK SK St Anne adalah Puan Muharna Mucklie, Guru Perpustakaan dan Media SKK St Anne W.P Labuan

Loading

image_pdfimage_print