Hari Keusahawanan SKLL tingkat Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta

Encik Raisin Saidin, Dr Ismuni, Hajah Dayang Saidah bersama murid dalam kempen program 3K

Labuan – Selari dengan anjakan ke 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Hari Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Layang-Layangan WP. Labuan telah berjaya memperluas serta meningkatkan pelibatan ibu ba­pa, komuniti dan sektor swasta dalam bidang pendidikan keusahawanan.

Guru Besar sekolah ini, Hajah Dayang Saidah Bte Hj Md Yassin berkata, “Hubungan baik yang diwujudkan antara gu­ru dan ibu bapa, komuniti serta pi­hak swasta menerusi program se­begini seharusnya menjadi contoh kepada semua dalam merealisasikan agenda pendidikan negara”.

Karnival sehari anjuran bersama Unit Hem dan PIBG yang diketuai oleh Cikgu Tuan Mohd. Edzuwan Bin Tuan Mohd. Raffi, Pengerusi Kelab Kebajikan Guru sekolah ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Encik Raisin Saidin di Dewan Surapit SK. Layang-Layangan WP. Labuan.

Dalam ucapannya, Encik Raisin Saidin berkata “Melalui pelibatan semua pihak yang berkepentingan dalam bidang pendidikan ini, diharap dapat menjalin silaturrahim yang baik di samping mengumpul dana bagi mengisi tabung Per­­satuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk pembangunan seko­lah”.

Turut menyantuni undangan ke majlis ini ialah YBhg. Tuan Ismuni Bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri WP. Labuan, En. Jumadi Bin Kastari YDP PIBG SK. Layang-Layangan, Puan Zaleha Bte Salleh Pegawai Meja PIBK Negeri, PDRM, AADK dan Ketua Kampung Sg. Labu.

Para tetamu minum susu Ducth Lady 

Karnival yang disekalikan dengan program 3K iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan ini dapat memberi impak dan kesedaran kepada masyarakat dan murid-murid sekolah ini betapa pentingnya melestarikan anugerah alam dan menjaga kebersihan persekitaran dan mengutamakan kesihatan dan keselamatan.

Program ini berjaya mendapat pelbagai sumbangan dan tajaan daripada pelbagai agensi terma­suk pihak PIBKK, Dutch Lady, PDRM, SSPN, AADK, Bank Rakyat, Jabatan Kesihatan, Labuan Soceity, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penerangan dan masyarakat setempat turut memberikan sokongan padu de­ngan menyertai aktiviti gerai jualan, menyaksikan pameran agensi kerajaan dan membeli produk jualan warga sekolah.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan antaranya Minum Susu Ducth Lady beramai-ramai, pameran NGO, pemeriksaan kesihatan percuma, Jualan Amal, Bekam, pertandingan mewarna Ibu dan Anak yang disertai seramai 80 peserta, Karaoke, Sukaneka dan Senamrobik, Pertandingan Masakan dan Gubahan Tuala, Rumah Hantu serta fenomena Beyblade yang disertai seramai 170 orang peserta dan 13 buah gerai jualan pelbagai menu menyemarakkan lagi Karnival Hari Keusahawanan SKLL.

Sebelum itu para VIP telah menanam pokok betik sebagai tanda perasmian Sekolah Lestari Alam Sekitar yang mana sekolah ini akan turut bertanding di peringkat negeri begitu juga pelibatan sekolah dalam petandingan Patrol Dangue.

Dalam pada itu perasmian Bilik PIBK SK. Layang-Layangan juga telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Pengarah, Encik Raisin Saidin. Beliau begitu teruja melihat pameran dan kagum dengan usaha pihak sekolah dapat menyediakan bilik yang selesa untuk kegunaan Ibu Bapa dan Komuniti.

Semoga usaha menarik minat usahawan muda dan Ibu Bapa oleh guru-guru dapat membuka mata dan minda warga SKLL supaya mendidik masyarakat tentang erti  berdikari dan terus berusaha.

Berita Oleh : SK Layang-Layangan

Perasmian Bilik PIBK SK. Layang-Layangan oleh Encik Raisin Saidin
SSPN antara yang mengikuti pameran dan promosi menabung

Loading

image_pdfimage_print