Lawatan Penanda Aras SK Kg Keningau ke SK Sg Bedaun, Tambah baik Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah

Murid-murid Pra Mutiara SK Sungai Bedaun begitu teruja menerima kunjungan guru-guru daripada SK Kg Keningau.

Labuan – Seramai 30 orang guru Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau (SKKK), Sabah telah mengadakan kunjungan Penanda Aras ke Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) pada 25 April lalu.

Menurut Dg Sarifah Binti A. Mahmod, Guru Besar SKSB, lawatan penandaarasan pada kali ini adalah berfokus kepada Program Sekolah Transformasi (TS) serta berkongsi amalan terbaik dalam pelaksanaan program TS kedua-dua buah sekolah. SKSB merupakan sekolah transformasi kohort 2.0  manakala SKKK pula kohort 1.0.

Katanya, lawatan ini adalah untuk perkongsian pintar, sebagai penanda aras dan perolehan input-input yang berguna yang boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada kedua-dua buah sekolah.

“Guru-guru dapat mengenal pasti kekuatan sumber, anggota organisasi yang sedia ada serta menjalin silaturrahim dan bertukar-tukar idea dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik, ko kurikulum, peningkatan sahsiah dan pengurusan yang berkaitan untuk disesuaikan dengan persekitaran dan murid yang sedia ada. Malahan melalui perkongsian idea ini, diharapkan dapat membantu kedua-dua buah sekolah mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid.” katanya.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. TS25 adalah satu usaha kearah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, kepimpinan yang berkualiti, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi dan komitmen komuniti yang padu.

Ketibaan rombongan tersebut yang diketuai oleh Puan Lea @ Leah Lewas, guru besar Sk Kg Keningau telah disambut dengan paluan kompang daripada murid-murid tahun 3 hingga tahun 6. Mereka turut melihat persembahan kulintangan yang dimainkan oleh murid-murid tahun 5 dan 6 di Geleri Permata yang merupakan antara kebitaraan di SKSB. Kumpulan kulintangan dan kompang ini telah dilatih oleh ibubapa yang merupakan anggota Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK).

Murid-murid sedang memainkan kulintangan bagi mengalu-alukan kehadiran ahli rombongan daripada SK Kg Keningau.

Sesi lawatan di SKSB turut meninjau Bilik Gerakan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), 3 buah kelas Pra sekolah iaitu Kelas Pra Baiduri, Pra Delima dan Pra Mutiara, Galeri Permata dan Taman Herba yang merupakan projek kolaboratif di antara Panitia Bahasa Inggeris dan PIBK di bawah Program Imersif Tinggi (HIP). HIP diperkenalkan untuk meningkatkan penguasaaan bahasa inggeris dalam kalangan murid-murid melalui program atau aktiviti di dalam dan di luar kelas.

Turut menjadi tarikan di SKSB ialah Sudut STEM iaitu Program Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM). Pelbagai hasil kerja murid dan info berkaitan STEM dipamerkan. SKSB telah dipilih untuk menjadi sekolah rintis Pendidikan STEM peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Pendidikan STEM merupakan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). 

Rombongan SKKK melawat Taman Herba yang dibangunkan oleh murid-murid dengan bimbingan guru.
Ahli rombongan mengabdikan gambar kenangan di anjung Galeri Permata.

Dalam sesi lawatan tersebut, turut disampaikan taklimat mengenai Perkongsian Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah (TS) dan kejayaan sekolah sepanjang tahun 2018 hingga April 2019. Taklimat tersebut disampaikan oleh Pn Rina @ Farrina Binti Dakim @ Jalaludin, Penolong Kanan Pentadbiran.

Majlis menandatangai memorandum Persefahaman Kolaboratif Startegik di antara kedua-dua SKSB dan SK Kg Keningau turut diadakan di akhir sesi lawatan.   Semoga dengan adanya jalinan ini kedua-dua pihak akan saling berkongsi ilmu dan bertukar pandangan ke arah pemantapan Pengurusan Sekolah dan Pelaksanaan Program TS25 di tempat masing-masing.

Rombongan ini turut disertai oleh  Puan Zaleha Binti Salleh, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah selaku pegawai yang bertanggung-jawab membimbing Penggerak Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL)  dan Encik Roziman Bin Sabtu, Penolong Pengarah Pusat Ko kurikulum.

Semoga Lawatan Penanda Aras ini mampu memberi lonjakan inspirasi untuk kecemerlangan kedua-dua pihak.

Berita Oleh : SK Sungai Bedaun

Dg. Sarifah (duduk dari kiri), Lea @ Leah Lewas (duduk dari kanan) menandatangani memorandum Persefahaman Kolaboratif Startegik sambil disaksikan Zaliha Salleh (berdiri-tengah), Roziman (berdiri dua dari kiri) dan barisan penolong kanan SK Kg Keningau.
Dg. Sarifah (duduk empat dari kanan, Lea @ Leah Lewas (duduk empat dari kiri) Zaliha Salleh (duduk tiga dari kanan) Rina Farrina (duduk dua dari kanan), Roziman Sabtu (duduk dari kanan) mengabdikan gambar kenangan bersama ahli rombongan SK Kg Keningau, Sabah.

Loading

image_pdfimage_print