Majlis Sambutan Ihya Ramadhan SKK Rancha-Rancha

LABUAN, 3 Mei – Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (SKRR) (Sekolah Kluster Kecemerlangan) mengadakan majlis sambutan Ihya Ramadhan yang bertempat di dewan sekolah.


Sepanjang bulan Ramadhan, pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan akan dijalankan bagi melahirkan murid dan warga SKRR yang mengimarahkan bulan Ramadhan dan sentiasa memanfaatkan waktu untuk beribadat kepada Allah SWT serta menyedarkan diri tentang adanya balasan baik daripada Allah dalam setiap usaha mendekatkan diri kepada-Nya.


Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Program Ihya’ Ramadhan, Tadarus Quran, Iftar Jama’ie, Solat Hajat dan Majlis Bacaan Yaasin UPSR 2019, Kuliah Tiga Minit (KULTIM) yang disampaikan oleh murid dan kutipan derma atau galakan bersedekah (Tabung Ihya’ Ramadhan).
Guru Besar, Puan Norinnie binti Kassim mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di bagi memastikan program sepanjang Ramadhan ini berjalan dengan baik dan lancar.

Loading

image_pdfimage_print