KPPM Kagum SK St Anne Laksana PBD Tahap 1, Tanpa Peperiksaan Sejak 2011

KPPM Datuk Dr Amin Senin tekun membaca hasil karya murid mengenai sejarah gunung kinabalu yang dihasilkan menggunakan Big Book sambil diperhatikan oleh Encik Raisin Saidin, Cikgu Shim dan Encik Ag Marten

Labuan, 27 April (Sabtu) – Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Datuk Dr Amin Senin melahirkan rasa kagum dengan Sekolah Kluster Kecemerlangan SK St Anne yang telah melaksanakan Pentaksiran di Bilik Darjah (PBD) iaitu amalan tanpa peperiksaan bagi tahun 1 hingga 3 sejak 2011 lagi.

Datuk Dr Amin Senin berkata SK St Anne bukan sahaja berjaya melaksanakan PBD tanpa peperiksaan malah berjaya meyakinkan ibu bapa sekolah berkenaan mengenai tahap satu yang memfokuskan kepada perkembangan pelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran, bukan lagi berorientasikan peperiksaan.

Cabaran Pemansuhan Peperiksaan Tahap 1 Sekolah Rendah : Bicara Eksekutif Pendidikan @ WP Labuan 2019

Datuk Dr Amin Senin berkata demikian ketika mengadakan lawatan pertandingan Big Book yang berlangsung di Dewan Terbuka SK St Anne, Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada hari yang sama, KPPM telah merasmikan Karnival Maitah Bainovasi WP Labuan Peringkat Kebangsaan 2019 dan keesokan harinya beliau berkesempatan bertemu dengan guru-guru labuan bagi mengupas mengenai naratif amalan baharu pendidikan.

SK St Anne telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Big Book 2019 yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Creativity, Innovative dan Best Big Book dan telah disertai oleh 16 buah sekolah di Labuan.

Pertandingan ini telah memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan bakat kreatif dan memupuk semangat berpasukan. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran ibu bapa yang memberi sokongan serta galakan.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin, Guru Besar SK St Anne, Cikgu Shim Ching Teo, Ketua-Ketua Sektor dan YDP Majlis Guru Besar, Cikgu Jaafar Matusin.

Kenangan Bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia YBhg. Datuk Dr. Amin Senin melawat program BIG BOOK Competition di SKK SK St Anne WP Labuan
Sebahagian peserta dan AJK program Big Book competition

Loading

image_pdfimage_print