Tazkirah Ramadhan Murid PPKI SK Pekan Satu

Labuan, 6 Mei- Sk Pekan Satu telah mengadakan tazkirah ramadhan kepada murid-murid program pendidikan khas integrasi (PPKI) bertempat di bilik Penataran. Penceramah yang dijemput ialah ustaz Muhamad Zafar bin Abu Bakar guru sk Pekan Satu bagi menyampaikan sedikit tazkirah.

Tazkirah ini bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 10.30. Ilmu-ilmu yang mudah difahami bagi murid-murid PPKI telah disampaikan seperti niat puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa, hikmah puasa dan tips unutk kanak-kanak berpuasa dengan gembira. Murid-murid amat aktif kerana penceramah menayangkan video, lagu, sesi soal jawab serta kuiz yang disertakan dengan hadiah. Program ini amat bagus agar murid-murid PPKI juga mampu berpuasa seperti murid-murid yang lain.

Penyampaian cenderahati kepada penceramah

Loading

image_pdfimage_print