Jalinan kerjasama SPRM dan Financial Park Labuan

1 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan telah membuat kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) yang diketuai oleh Pengarahnya sendiri, Encik Abdulamin Abdillah.

Encik Raisin Saidin, Pengarah JPWPL sangat berbesar hati dan berharap kunjungan hormat ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan baik di antara SPRM Labuan dengan JPWPL yang sedia terjalin sebelum ini.

Beberapa perkara telah dibincangkan berkaitan pendidikan dan integriti. Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk saling berkerjasama dalam mendidik warga pendidikan berkaitan kepentingan budaya integriti khususnya kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 yang bakal menempuhi dunia pekerjaan kelak.

Turut hadir Puan Maimoon Matnoh, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Encik Asbola Amit, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.


 2 Mac – Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persektuan Labuan (JPWPL), Encik Raisin Staidin telah menerima kunjungan hormat dari Pengurusan Financial Park Labuan di pejabatnya pada hari ini.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Mr. Subramaniam Muniandy, Pemangku Pengarah Urusan Financial Park Labuan disertai Encik Ishammudin Mansor (Pengurus Projek).

Kunjungan hormat ini bertujuan menjalinkan hubungan kerjasama antara Financial Park Labuan dan JPWPL dalam aspek yang boleh dibuat bersama terutamanya dalam akitiviti pendidikan untuk kebaikan anak-anak murid di Labuan.

Hasil kunjungan ini, Financial Park Labuan bersetuju membenarkan premis FPL digunakan untuk program Karnival Bahasa Inggeris secara percuma. Program ini dijangka akan berlangsung pada 1 April 2017 di bawah penyelaras Cik Suriani Oxley, Pegawai SISC+, JPWPL.

Pihak JPWPL mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak pengurusan Financial Park Labuan. Semoga jalinan usahasama yang berterusan dapat menyokong pembangunan pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan.

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.