500 Meriahkan Majlis Mesra Hari Raya SMK Labuan

Antara 500 tetamu yang hadir pada Majlis Mesra Raya SMK Labuan

Labuan – SMK Labuan telah mengadakan Majlis Mesra Hari Raya bagi meraikan kegembiraan Hari Raya bersama komuniti dan pihak-pihak yang banyak membantu sekolah pada 29 Jun lalu.

Kelab Kebajikan Staf (KKS) SMK Labuan yang diketuai oleh Pengerusi Cikgu Mohd Zulkifli Ismail, dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pusat Tingkatan 6 SMK Labuan merupakan penganjur bersama pada tahun ini.

Majlis yang memperkukuhkan silaturrahim ini telah disambut dengan penuh meriah dengan kehadiran 500 orang pengunjung.

Antara tetamu istimewa yang hadir di majlis tersebut, Dato’ Sri Hj Mohd Alias Abd Rahman (Pengarah Urusan LLPM Sdn Bhd), bersama isteri, Dato’ Hjh Norsiah Abdullah, Superintendan Hj Muhammad Farid Muhammad (Ketua Polis IPD Labuan), Hj Md Yusof Hj Chuchu (YDP PIBG SMKL) , Hj Hussien Salleh (TYDP PIBG SMKL) , En Asbola @ Hasbollah Amit (Ketua Sektor SPPK JPWPL), En Ag Marten Datuk Hj Abdul Rahman (KPP BTPN WPL) dan Tuan Syed Asrul Sani Syed Adnan (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Labuan, merangkap Pegawai Perhubungan Polis SMK Labuan) .

Begitu juga dengan kehadiran 132 orang guru dan 15 staf pentadbiran hadir bersama keluarga.

Encik Ismail bersama Dato’ Sri Haji Alias dan Isteri Dato’ Hjh Norsiah, Tuan Haji Yusof dan Tuan Haji Hussien
Dari kiri : Encik Saminan, Tuan Haji Yusof, Encik Ismail, Superintendan Hj Muhammad Farid, Encik Zulkifli dan Ustaz Fattah

Sebanyak 9 gerai menyediakan pelbagai juadah di mana guru-guru dan staf berkongsi perbelanjaan untuk penyediaan juadah, di samping bantuan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Labuan.

Majlis turut dimeriahkan dengan pertandingan Gerai Terbaik, Fesyen Raya Kanak-Kanak, Sedondon Raya, Cabutan Bertuah dan Persembahan Nyanyian.

Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah berharap dengan adanya majlis ini, hubungan antara guru dan staf SMK Labuan serta komuniti semakin erat dan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan SMK Labuan.

Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Staf

Loading

image_pdfimage_print