Dari Guru Kepada Guru

Sambutan hari lahir kepada warga pendidikan yang lahir pada bulan Mac

9 Mac – Pemilihan tema perhimpunan bulanan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) bagi bulan Mac iaitu  Dari Guru Kepada Guru seiring dengan kesinambungan memartabatkan pembelajaran abad ke 21 ( PA 21) di Labuan.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengetengahkan dan mencungkil bakat guru Labuan yang cemerlang dalam PA 21. Guru perlu mempunyai pengetahuan dalam konsep PA 21, agar  mereka dapat memahami dan menghayati seterusnya membudayakan aktiviti PA 21 di sekolah masing-masing. Demikian amanat penting yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan JPWPL, Encik Raisin Saidin di BTPN Labuan.

Beliau menyeru pentadbir sekolah agar menyemarakkan  dan menyebatikan PA21 di kalangan guru agar hasilnya nanti dapat dituai melalui kemenjadian murid-murid di Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebagai contoh mengadakan kuiz yang berkonsepkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). PA21 bukan berkaitan infrastruktur semata-mata tetapi aplikasi menggunakan sumber sedia ada iaitu menerapkan nilai 4C dalam PdP (Creator, Communication, Collaboration, Critical Thinking), katanya lagi.

Encik Omar Baki Matusin, Pengetua SMK Rancha-Rancha telah membentangkan inovasi QR Code iaitu pemantauan masa mengajar guru secara sistematik.

Manakala Encik Hyginus Lester Junior Lee dari SMK Mutiara juga telah berkongsi mengenai pembelajaran abad 21 melalui inovasi ‘Exit Card’. Beliau telah dinobatkan sebagai Guru Tauladan bagi amalan PdPc abad ke 21 bagi bulan Mac. Tahniah diucapkan dan teruskan kecemerlangan.

Encik Raisin juga menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan syabas tahniah kepada warga JPWPL di atas kejayaan mencatat 96.88% dalam auditan EKSA oleh pasukan audit dari JPN Sabah.

Semua ini adalah hasil komitmen dan kesungguhan warga JPWPL dalam merealisasikan program Ekosistem Kondusif Sektor Awam secara berpasukan.

Semoga usaha murni ini dapat dilaksanakan secara istiqamah iaitu sentiasa amal dan seterusnya mendapat kejayaan dalam pengauditan dari MAMPU yang dijangka akan berlangsung pada bulan April 2017.

Sempena dengan perhimpunan itu juga telah dilancarkan JPWPL Sana Sini (www.jpwpl.gov.my/sanasini) iaitu portal berita rasmi pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan.

 

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.