01 – 02 Ogos 2019 – School Improvement Specialist Coach (SISC+) W.P.Labuan, Suriani Alland Rice Oxley telah membentangkan kertas penyelidikan beliau bertajuk Using ‘12 Steps Form’ In Conducting Action Research And It’s Impact On Teachers’ Continuous Professional Development di Universal Academic Cluster International August Conference , SM Tower, Bangkok. Konferens yang bertemakan academic & multidisciplinary ini telah dianjurkan oleh Walailak University Coordination Unit, Thailand.
Sebanyak 18 kertas penyelidikan telah dibentangkan dikonferens sehari ini. Para pembentang terdiri daripada ahli ilmiah dan pakar dalam bidang masing masing yang datang daripada pelbagai universiti seperti University of Agriculture, Faisalabad, Pakistan, Don Mariano Marcos Memorial State University, Philippines, Cadi Ayyad University, Morocco, The Hang Seng University of Hong Kong, Khon Kaen University dan Maejo University, Thailand, Indonesian Defense University, Cairo University, Egypt, Middle Technical University, Iraq, Pusan National University, South Korea, University of Cape Coast, Ghana, Tshwane University of Technology, South Africa serta Universiti Kebangsaan Malaysia termasuk wakil tunggal dari Jabatan Pendidikan W.P.Labuan.
Konferens ini memberi peluang kepada semua ahli akademik dan penyelidik dari seluruh dunia berkongsi kepakaran dan pengetahuan serta bertukar-tukar pendapat. Melalui konferens ini juga, para peserta dapat bersemuka dan berkenal-kenalan antara satu sama lain dan seterusnya mewujudkan jaringan akademik dengan mereka yang datang dari pelbagai institusi pendidikan serta dari pelbagai negara.