Perhimpunan Bulanan JPWPL, Ogos 2019 : Anugerah Wira Muda Bangkit Semangat dan Mengangkat Martabat Murid

Encik Raisin Saidin menyampaikan Sijil Penghargaan dan wang tunai kepada adik Mohd Miniezam yang telah muncul johan di Kejohanan Malaysia Open International Taekwondo Championship 2019 bersama ibu dan bapa beliau.

Labuan, 21 Ogos – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2019 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, hari ini.

Empat orang murid telah mendapat Anugerah Khas Pengarah bagi bulan Ogos 2019 iaitu Anugerah Wira Muda yang disampaikan sendiri oleh Encik Raisin Saidin.

Anugerah Wira Muda ini merupakan anugerah yang julung kali diperkenalkan oleh Encik Raisin Saidin bagi memberi pengiktirafan kepada murid yg telah mengharumkan nama Labuan di persada antarabangsa.

Adik Mohd Miniezam bin Maswandi dari SK Tanjung Aru telah muncul sebagai Johan Kategori Heavy, umur 10 hingga 12 tahun bagi acara Sparring di Kejohanan Malaysia Open International Taekwondo Championship 2019 yang berlangsung di Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Adik Mohd Daniel Hakim bin Matdaim dari SM Sains Labuan telah dinobatkan sebagai Johan Deklamasi Puisi peringkat kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Sempena Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu dan Program Bakat Tunas Remaja Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 23 Julai lalu.

Adik Elmus Zechary Tonduyuk Salibun dari SM St Anthony telah terpilih sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Kebangsaan bagi sesi tahun 2019-2021.

Seorang lagi Wira Muda bagi bulan Ogos telah dianugerahkan kepada adik Arhadin bin Prome dari Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

Encik Raisin Saidin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Adiwira Muda dan berharap anugerah serupa dapat dilaksanakan di sekolah. Sesungguhnya setiap murid mempunyai nilai tersendiri dan pihak sekolah seharusnya dapat menggilap bakat dan potensi murid di sekolah masing-masing.

Kelaziman, acara dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Maju dan Sejahtera diikuti dengan bacaan doa dan Ikrar Perkhidmatan Awam serta Integriti Perkhidmatan Awam.

Seterusnya, pelancaran Program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru #3A peringkat Wilayah Persekutuan telah dirasmikan oleh Encik Raisin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelancaran Program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru #3A

Cikgu Shamsuria Ebni Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SKK Sekolah Kebangsaan ST Anne telah dinobat sebgai Adiwira Guru bagi bulan Ogos 2019.

Persembahan khas jemputan pengarah oleh murid-murid SMK Taman Perumahan Bedaun telah menghiburkan warga jabatan yang hadir dengan membawa persembahan angklung.

Sempena pelancaran Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan baru-baru ini, Encik Raisin Saidin tidak lupa mengingatkan para Pengetua dan Guru Besar agara sentiasa berusaha menanamkan Pendidikan Sivik dalam diri anak murid. Peranan dan tanggungjawab sekolah mengenai pendidikan amat dituntut bagi melahirkan generasi maju yang prihatin dan berdisiplin.

Di akhir majlis, Tayangan Video Ucapan Perdana Menteri semasa pelancaran Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan telah dipertontonkan kepada para hadirin.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Pendidikan Sivik yang mula dilaksanakan di sekolah sejak Jun lepas akan membentuk masyarakat dan individu yang bertanggungjawab, prihatin dan bertimbang rasa kepada pihak lain.

Dalam hidup bermasyarakat, katanya sifat-sifat itu amat penting bagi memastikan setiap individu tidak melakukan sesuatu yang memburukkan keadaan di sekeliling mereka.

“Dengan itu, percayalah negara kita akan menjadi negara yang maju, bersih dan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia,” Tun Dr. Mahathir Mohamad

Majlis ditutup dengan nyanyian beramai-ramai lagu Tanggal 31 Ogos 2019 sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019.

Adiwira Guru bagi bulan Ogos 2019, Cikgu Shamsuria
Sambutan Hari Jadi bulan Ogos 2019 kepada Encik Azlan Sugianto

Loading

image_pdfimage_print