SKK ST Anne Rangkul Anugerah Emas Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2019

Pasukan yang berjaya mendapat ANUGERAH EMAS. Tahniah dan syabas!

Labuan, 24 Ogos – Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum berimpak tinggi kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad yang memberikan penekanan terhadap aspek inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.

Pertandingan ini menggalakkan murid mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina robot yang hebat, seterusnya dapat mempromosi inovasi dalam bidang sains dan teknologi di semua sekolah.

SKK SK St. Anne telah menghantar tiga pasukan bagi menyertai pertandingan yang amat berprestij ini. Ketiga-tiga pasukan ini menyertai “Regular Category (PRO) – Primary School (Smart Passenger Transport) dan dibimbing oleh Cikgu Diana Farahdilla dan Cikgu Kamaliah.

Berikut merupakan pencapaian yang diperolehi oleh pasukan SKK SK St. Anne;

ANUGERAH EMAS

  • Alden Daniel Ronnie Pett
  • Jonathan Abel Jeffrey
  • Love Valentina Almodiel

ANUGERAH PERAK

  • Derwin Poh Chun Teck
  • Joycee Diedree Jostelen
  • Nur Maisarah binti Suwardi

ANUGERAH GANGSA (TEMPAT KELIMA)

  • Mohammad Carlos Raqeem bin Mahathir
  • Nur Izyan Qairina binti Tarmiji
  • Lana Aelviella Peter Charles
Pasukan yang berjaya mendapat ANUGERAH PERAK. Tahniah!

Pasukan yang berjaya mendapat ANUGERAH EMAS dalam pertandingan ini akan mewakili WP Labuan ke peringkat kebangsaan. Semoga program NRC ini dapat dijalankan secara berterusan untuk tahun-tahun yang mendatang supaya terus dapat dimanfaatkan sepenuhnya supaya matlamat kemenjadian murid dapat direalisasikan.

Loading

image_pdfimage_print