Sambutan 31 Ogos SKK St Anne Meriah dengan kehadiran ‘Bikers dari Sarawak dan Labuan’

Sebahagian daripada Penunggang-penunggang Motor berkuasa besar bergambar bersama guru-guru SKK SK St Anne

Labuan, Jumaat 30 ogos – Sambutan Hari Kemerdekaan SKK SK St Anne meriah dengan kehadiran kira-kira 20 penunggang motorsikal berkuasa besar dari Sarawak dan Labuan untuk sama-sama meraikan sambutan kemerdekaan. Rombongan tersebut diwakili Kelab Bikers guru-guru Sarawak dan dari kelab Free Riders Labuan, HD Borneo Labuan, 9 Dragon Riders Labuan dan Saluq-saluq Labuan.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa sambutan kemerdekaan itu ialah, laungan Merdeka sebanyak 3 kali yang diketuai oleh rombongan ‘Bikers’ dari sarawak, kuiz kemerdekaan dan tayangan dokumentari kemerdekaan.

Rombongan bikers dari Sarawak turut mengambil kesempatan mengadakan Lawatan Penandarasan di SKK SK St Anne.

Murid-murid diberi peluang membonceng motorsikal besar bersama-sama

Loading

image_pdfimage_print