Program Motivasi Kerjaya SPM SMK Taman Perumahan Bedaun Dengan Kerjasama Asian Supply Base Sdn Bhd

Pihak ASB Sdn. Bhd dan guru-guru bergambar bersama-sama calon SPM 2019 SMK Tmn Perumahan Bedaun

Labuan – SMK Taman Perumahan Bedaun telah menjayakan satu Program Motivasi Kerjaya SPM dengan kerjasama Syarikat Gas dan Minyak Asian Supply Base Sdn. Bhd.(ASB) bertempat di ASB Complex Function Hall khusus kepada calon-calon SPM 2019 pada 14 September yang lalu.

Program yang dijalankan bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang itu turut dihadiri oleh guru-guru dan pentadbir sekolah.

Program in diisi dengan beberapa slot motivasi dan hala tuju kerjaya yang disampaikan oleh tenaga kerja mahir dan berpengalaman daripada ASB Sdn. Bhd. iaitu Encik Muhammad Zikrillah B. Yunus, Cik Nelsi Garangon, Cik Dellphinia David, dan Cik Masliza Sulaiman.

Calon-calon SPM seramai  81 orang pelajar disajikan dengan motivasi, pengalaman dalam hala tuju kerjaya yang lebih jelas dan berinformasi serta menepati pasaran kerja industri 4.0 pada masa kini.

Puan Zulainahwaty Sulaiman, Ketua Jabatan Sumber Manusia ASB Sdn Bhd. dalam ucapannya menyatakan usaha ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial syarikat dalam membantu warga Labuan khususnya pihak sekolah SMK Taman Perumahan Bedaun, demi masa depan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

Puan Hjh. Jijah bt. Mohamad Suhai selaku pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun dalam ucapannya juga mengingatkan calon SPM supaya bersiap sedia dari awal agar berjaya menempatkan diri dalam bidang yang selari dengan cita-cita mereka.

Kejayaan mereka merupakan hadiah yang paling bermakna kepada ibu bapa dan guru-guru yang telah banyak berkorban tenaga demi melihat anak-anak berjaya.

Pihak sekolah juga berharap kerjasama yang dijalankan bersama Asian Supply Base Semoga usaha murni ini akan membuahkan kejayaan yang besar kepada sekolah. Turut hadir PK Pentadbiran Encik Ag Rozlan bin Manan, PK Hal Ehwal Murid (HEM) Puan Chai Yee San dan PK Ko-kurikulum Puan Lau Chin Ying.

Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun

Slot Motivasi Kerjaya yang disampaikan oleh tenaga kerja ASB Sdn. Bhd.kepada calon-calon SPM SMK Tmn Perumahan Bedaun

Loading

image_pdfimage_print