Aktif Negaraku: Pasukan Muhibbah Labuan Muncul Naib Johan Dalam Pertandingan Activ Jam Senam Aerobik KPM-Milo Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2019

Gabungan SJK (C) Chi Wen bersama Sk Patau-Patau Muncul Sebagai Naib Johan dalam Kategori Muhibbah.

Kuala Lumpur, 2 Okt -ACTIV JAM SENAM AEROBIK KPM-MILO dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia membawa kembali Pertandingan Activ Jam Senam Aerobik Peringkat Kebangsaan untuk kali Ke-2 yang berlangsung selama dua hari iaitu 20 hingga 22 September 2019 bertempat di KL Gateway Mall, Kuala Lumpur.

Pertandingan ini adalah bertujuan memberi pengiktirafan kepada pasukan senam aerobik terbaik di negara ini dan ia merupakan kerjasama strategik di bawah inisiatif 1Murid 1Sukan yang melibatkan guru dan murid. Pertandingan ini disertai oleh 16 pasukan dalam kategori Muhibbah dan 10 pasukan terbaik berentap dalam kategori sekolah. Bagi kategori Muhibbah, gabungan SJK(C) Chi Wen bersama Sk Patau-Patau muncul sebagai naib johan dalam Pertandingan Activ Jam Senam Aerobik KPM-MILO Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2. Kedua-dua sekolah ini bergabung tenaga mewakili kontinjen Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya membawa pulang hadiah berupa barangan sukan bernilai RM4000.

Pasukan Muhibbah Labuan dianggotai oleh Ellicia Wong, Natalie Tee Yu Xuan, Elyssa Ho Yu Yan, Rachel Teo Xue Ting, Gretal Violet Henry dan Jesselyn Justin dari SJK(C) Chi Wen. Manakala, Chealsielyn Christopher, Gwen Stefani Anak Bujang, Nur Nadiha Asyura binti Maslin, Nur Rizwaney Juli binti Rizuan, Syahirah binti Matasin dan Dayangku Norrabbiatul Waheeda  Bt A faizul merupakan murid SK Patau-Patau.

Pasukan JPN Labuan dan SJK(C) Chi Wen Berentap di Grand Final Aerobik MILO Activ Jam.

Bagi kategori sekolah, daripada 249 penyertaan sekolah-sekolah di seluruh negara, 3 buah sekolah iaitu SJK(C) Chi Wen, SK Bukit Kalam dan SK Patau-Patau telah terpilih sebagai 10 pasukan terbaik yang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan pada peringkat separuh akhir di Kuala Lumpur. SJK (C) Chi Wen telah tercalon sebagai 5 pasukan terbaik dan berentap di Grand Final Aerobik MILO Activ Jam pada 22 September 2019.

Johan bagi kategori Muhibbah disandang oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, diikuti Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di tempat ketiga. Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2) telah dinobatkan sebagai juara dalam kategori sekolah, diikuti tempat kedua daripada Sekolah Kebangsaan Kg Contoh Petagas, Sabah dan ketiga daripada Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga membawa pulang hadiah dalam bentuk peralatan sukan yang masing-masing bernilai RM5,000, RM4,000 dan RM3,000.

Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan MILO® dan Susu, Nestlé (Malaysia) Berhad, Kumaran Nowuram berkata, senam aerobik melambangkan semangat kesukanan yang sejati, kerana ia boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira umur, kemampuan bersukan atau akses kepada sumber.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Raisin Saidin turut menzahirkan ucapan tahniah dan bangga atas kejayaan pasukan Muhibbah kerana mengharumkan nama Labuan di Peringkat Kebangsaan.– SJK(C) Chi Wen

Kontijen Labuan yang Terdiri daripada Pasukan JPN Labuan, SJK(C) Chi Wen, SK Patau-Patau dan SK Bukit Kalam.

Loading

image_pdfimage_print