Kunjungan Penandaarasan Galeri Seni Sekolah Kebangsaan Pekan Satu Oleh Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah-Sekolah di W.P Labuan

Sesi menelusuri dinding-dinding mural sekitar kawasan bangunan Sekolah Pekan Satu, WP Labuan

Labuan, 26 September 2019- Secara umumnya, Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan, sekali lagi mencatatkan tarikh bersejarah rentetan daripada Kunjungan Penandaarasan ke Galeri Seni Sekolah Kebangsaan Pekan Satu yang melibatkan semua Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual bagi Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. Tidak dinafikan bahawa, matlamat dan tujuan utama kunjungan penandaarasan ini dilaksanakan adalah untuk memberi aspirasi serta pendedahan ilmu pengetahuan bagi memantapkan galeri seni di sekolah masing-masing. Senonim dengan kebitaraan mata pelajaraan Pendidikan Seni Visual serta perasmian The Re-Born Of SKPS Art Gallery oleh Tuan Raisin bin Saidin selaku Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuanpada bulan Julai lalu, maka Sekolah Kebangsaan Satu telah dinobatkan sebagai sebuah sekolah yang menjadi aspirasi dan mentor kepada semua sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah dalam bidang Pendidikan Seni Visual di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Secara keseluruhannya, program ini bermula pada jam 2.30 petang dengan Bilik Penataran SKPS kata alu-aluan didahului oleh Guru Besar SK Pekan Satu, iaitu Puan Anita Shyamini A/P S. Azman, disusuli oleh ucapan daripada Puan Murni binti Jaafar selaku ketua rombongan lawatan penandaarasan. Tidak ketinggalan turut hadir dalam program ini ialah Tuan Hj Yusuf bin Hj Yunus, Ketua Unit Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan merangkap pegawai angkat SKPS. Dalam ucupan Tuan Haji Yusuf, galakan serta dorongan diberikan kepada semua yang hadir agar menjadikan Pendidikan Seni Visual sebagai medan yang mampu menarik para pelancong dalam dan luar untuk berkunjung ke Wilayah Persekutuan Labuan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan begitulah ucapan Tuan Haji menyuntik semangat kepada guru-guru yang hadir malah Tuan Haji juga berkata bahawa seni adalah sesuatu yang abstrak tetapi memmpunyai kualiti karya yang sangat agung.

Sesi apresiasi seni para Ketua-ketua Panitia Pendidikan Seni Visual di Galeri Seni Sekolah Pekan Satu, WP Labuan

Lanjutan daripada itu, sesi menelusuri lakaran mural pada dinding sekolah dan melawat Galeri Seni SK Pekan Satu telah sempurna dilaksanakan dengan jayanya. Melalui program seperti ini, semangat setiakawan, toleransi, kerjasama, serta sifat inkuiri dalam kalangan Ketua Panitia telah berjaya dipupuk dan di realisasikan. Secara tidak langsung, Ketua-ketua Panitia turut dapat menghayati kepentingan apresiasi seni dalam matlamat meningkatkan lagi keunggulan sekolah di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar insan guru yang cemerlang dalam semua aspek dapat dibentuk dan digilap. Selain itu, dengan adanya program seumpama ini mencetuskan percambahan mindah dan perkongsian ilmu dan dapat mencetuskan landasan berfikir yang lebih inovatif.

Barisan guru-guru Pendidikan Seni Visual Perdana dan PPKI menyambut dan mengalu-alukan kehadiran para Ketua-ketua Panitia WP Labuan

Loading

image_pdfimage_print