SMK Labuan Ceria, Johan Keceriaan Bulan Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Labuan

Encik Ismail menerima hadiah daripada Dato' Sri Amir (2 kiri) diperhatikan Encik Supian (kiri) dan Encik Salim Abd Rahman (3 kiri – Ketua MPP Sub Zon 3)

Labuan – SMK Labuan muncul johan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan peringkat Labuan tahun ini bagi kategori sekolah Menengah.

Pelbagai bentuk arca, gubahan, hiasan, puisi, hiasan bendera, gerbang, replika mercu tanda negara, kain rentang, hiasan daripada bahan-bahan terpakai dihasilkan oleh warga SMK Labuan.

Pengetuanya, Encik Ismail Abdullah telah menggerakkan seluruh warga sekolah yang terdiri daripada murid, guru, staf, pekerja swasta dan PIBG untuk membuat persediaan menyertai pertandingan itu.

“SMK Labuan akan terus menyertai pertandingan seperti ini sebagai satu cara untuk warga sekolah menghargai dan menghayati erti kemerdekaan negara melalui unsur-unsur keceriaan sepanjang bulan kebangsaan.” Encik Ismail Abdullah

Penilaian telah dibuat oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Penerangan WP Labuan dan berjaya menambat hati para juri, seterusnya diumumkan sebagai Johan Kategori Sekolah Menengah dalam Majlis Malam Anugerah Keceriaan Bulan Kebangsaan dan Hari Inovasi Jabatan Penerangan Labuan.

SMK Labuan menerima hadiah RM2000 beserta sijil dan trofi, disampaikan oleh Dato’ Sri Hj Amir bin Hussien, Pengerusi Perbadanan Labuan. Turut bersama ialah Encik Supian Musa, Pengarah Jabatan Penerangan WP Labuan.

Berita Oleh : SMK Labuan

Loading

image_pdfimage_print