Kenaikan Pangkat Merupakan Satu Penghargaan dan Pengiktirafan Kepada Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana

Labuan – Seramai 38 orang warga Jabatan Pendidikan menerima surat Kenaikan pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan yang terdiri daripada 18 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44, 8 orang PPP Gred DG34 ke Gred DG38, 3 orang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 ke N22 dan 7 orang Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 ke Gred N22.  Di samping itu, 2 orang Pembantu Operasi Gred  N11 dinaikkan pangkat ke Gred N14 secara one off.

Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 29 Oktober 2019 bertempat di Jabatan Pendidikan , WP Labuan, Kompleks Ujana Kewangan.

Sebelum ini kumpulan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 hingga DG54 telah menerima surat kenaikan pangkat mereka yang telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) pada 10 Oktober 2019.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Raisin Saidin memaklumkan berikutan penstrukturan semula Jabatan, terdapat perjawatan baharu yang telah diwujudkan atas gred kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat merupakan pengiktirafan terhadap kerja buat sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam. 

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada para guru serta anggota kumpulan pelaksana  yang menerima surat kenaikan pangkat dan berharap ianya menjadi pemangkin semangat untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Beliau menaruh kepercayaan yang tinggi bahawa warga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan di segenap lapisan akan terus bersama-sama berusaha memberikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti serta melaksanakan penambahbaikan secara berterusan demi melahirkan modal insan yang berkualiti.

Loading

image_pdfimage_print