SUNTIKAN MOTIVASI MENJELANG SPM : Majlis Graduasi Tingkatan Lima SMK Labuan

Labuan – SMK Labuan telah mengadakan Majlis Graduasi Tingkata Lima di Dewan Mutiara SMK Labuan pada 24hb Oktober yang lalu.

Pada majlis itu, seramai 242 orang pelajar tingkatan lima menerima sijil dan memberi suntikan kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2019.

Pelajar Kelas 5 Jujur, Rubenraj A/L Nanda Kumar menerima Anugerah Khas Murid Terbaik selepas memperolehi keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 3A+, 3A, 3A(Gred Purata 1.00).

Anugerah Khas turut diberikan kepada tujuh orang murid iaitu masing-masing tiga murid kelas 5 Amanah dan empat murid 5 Berkat (berpencapaian rendah) yang lulus dalam Peperiksaan Percubaan SPM iaitu Gleen Ford John (5 Amanah), Rosnalin (5 Amanah), Mohd Haqimie Md Fauzi (5 Amanah), Andi Sutra Mohd Aris (5 Berkat), Muhd Rahiemi Syah Rahmad (5 Berkat), Nurul Alis Natasha (5 Berkat) dan Nursyafika (5 Berkat).

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, merangkap Bapa Angkat Korporat SMK Labuan, Dato’ Sri Haji Amir Hussien.

Menyentuh mengenai generasi belia tonggak negara pada masa hadapan, Dato’ Sri Haji Amir menyeru murid-murid agar melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran. Kemahiran-kemahiran seperti kemahiran komunikasi di hadapan umum, kemahiran bersosial dan sebagainya perlu dikuasai untuk menambahkan keyakinan diri kerana seseorang pemimpin perlulah mempunyai keyakinan diri dalam menjalankan tugas mereka. Dengan itu, mereka akan sentiasa disanjungi dan dihormati oleh masyarakat yang dipimpin oleh mereka.

Dato’ Sri Haji Amir Amir berkata Labuan memerlukan generasi terpelajar yang bukan sahaja menguasai ilmu dan berkemahiran tinggi malahan memiliki dan mengamalkan sikap serta nilai-nilai positif untuk memajukan diri serta memakmurkan negara.

Sebahagian Murid Tingkatan 5 yang hadir dalam Majlis Graduasi

Sementara itu Pengetua Encik Ismail Abdullah berkata, Majlis Graduasi Tingkatan 5 dilaksanakan untuk memberi satu suasana yang menggembirakan dan akan menjadi kenangan persekolahan menengah bagi murid-murid yang menyertai majlis berkenan pada tahun ini.

Encik Ismail berkata, murid-murid mesti sentiasa ingat tentang sasaran pencapaian yang ditetapkan kepada sekolah untuk dicapai, iaitu 100 peratus murid layak mendapat sijil SPM, yang bermakna mereka mesti lulus atau menguasai sekurang-kurangnya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Semoga majlis ini akan meningkatkan semangat murid-murid untuk mencapai sesuatu dalam SPM mengikut keupayaan masing-masing sebelum meninggalkan alam persekolahan menengah,” katanya sambil merakamkan ucapan penghargaan kepada semua guru SMK Labuan.

Majlis yang bermula jam 8.30 pagi itu turut dihadiri Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah, Yang Dipertua PIBG SMK Labuan Tuan Haji Md Yusof Haji Chuchu, Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Puan Murni Jaafar dan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Labuan Puan Zalina Zunkepely.

Hadir sama Ustazah Marziawati Mardan (PK HEM), Encik Cheah Teong Aik (PK Kokurikulum), Encik Saminan Sabtu (PK Pusat Tingkatan Enam) dan Encik Kitli Beka (PK Petang), guru-guru kanan bidang dan guru-guru.

Berita Oleh : SMK Labuan

Rubenraj bersama ayah
Sofia bersama ibu bapa

Loading

image_pdfimage_print