Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun Menjayakan Perkhemahan Perpaduan Unit Beruinform 2019

Guru Besar ,Puan Dg Sarifah Bt A.Mahmod, bersama guru-guru dan peserta perkhemahan

Pada 1-3 November 2019 (Jumaat hingga Ahad) telah berlangsung perkhemahan unit beruniform di Sk Sg Bedaun, WP Labuan. Perkhemahan ini melibatkan 133 orang murid dari Tahun 4, 5 dan 6  terdiri dari pelbagai Unit Beruniform, iaitu Pengakap, PBSM, PPIM, dan TKRS.

Pendaftaran Perkhemahan Unit Beruniform bermula pada jam 2 petang (Jumaat) di Sk Sg Bedaun, WP Labuan. Setelah  selesai pendaftaran murid diberikan taklimat keselamatan dan pembahagian kumpulan. Sesi ‘ice breaking”pada sebelah malam telah dikendalikan oleh Puan Norsidah Matyassin Guru Bimbingan dan Kaunseling (SKSB) dan dibantu oleh fasilitator setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang guru Sk Sg Bedaun.

Sepanjang perkhemahan ini, guru-guru telah menyediakan makanan 6 kali sehari untuk memastikan murid sentiasa bertenaga untuk mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan. Kumpulan memasak SK Sungai Bedaun diketuai oleh Puan Saudah dan dibantu oleh guru-guru dan AKP perempuan dalam menyediakan makanan.

Pada hari kedua, murid-murid telah dibahagikan kepada 10 kumpulan, bagi aktiviti membina Gajet Stem, Ikhtiar hidup “masaklah kamu”,latihan malam  kebudayaan dan pertandingan perbarisan kawad kaki. Semua murid terlibat dengan setiap aktiviti yang telah disediakan mengikut jadual penggiliran. Guru-guru yang telah dilantik untuk menjadi fasilitator membantu dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut kumpulan. Pada sebelah petang, aktiviti diteruskan lagi dengan latihan malam kebudayaan dan latihan kawad kaki.

Peserta perkhemahan sedang bekerjasama membuat Gajet STEM yang merupakan salah satu aktivit yang wajib diikuti oleh setiap kumpulan
Puan Dg. Sarifah Bersama Pasukan Bulan Sabit Merah, salah satu kumpulan yang terlibat menyertai perkhemahan Perpaduan Unit Beruniform SKSB 2019
Pasukan Pengakap sedang berkawat semasa pertandingan kawat kaki Sempena perkhemahan perpaduan Unit Beruniform SKSB

Pada sebelah malam, berlangsung pertandingan malam kebudayaan yang melibatkan 10 kumpulan.Tema bagi malam kebudayaan adalah mempersembahkan  tarian dari pelbagai jenis kaum yang terdapat di Malaysia.

Malam Kebudayaan ini bertambah meriah apabila warga SK Sungai Bedaun juga turut menerima kunjungan daripada peserta-peserta LICER iaitu Prof. Yuko Uchiyama (Pengarah Toyo Universiti, Jepun), Dr Fumiko Nakamura, Ms Iyama Tomomi, Mr Takahashi Tony Tatsuya dari (Jepun), Dr Zulkifli Bin Haji Zakaria (Brunei), Ms Makhfadzah Abu Bakar, Ms Hanita Abdul Aziz (Singapura) dan pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia yang diiringi oleh Pengarah Jabatan Labuan Encik Raisin bin Saidin, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan JPWP Labuan Cik Khaziyati Osman dan pegawai-pegawai JPNWPL yang lain.

Tetamu dan peserta-peserta perkhemahan dihiburkan dengan alunan muzik dari peserta kulintangan SK Sungai Bedaun, Persembahan Team Keyboard SK Sungai Bedaun dan pelbagai persembahan kebudayaan daripada 10 kumpulan peserta-peserta perkhemahan.Tuan Pengarah,Encik Raisin bin Saidin juga telah menyampaikan hadiah kepada 10 kumpulan yang telah membuat persembahan.

Warga SKSB bersama Encik Raisin Saidin dan rombongan peserta-peserta LICER dari Jepun,Brunei,Singapura dan Pegawai-pegawai KPM pada malam Kebudayaan.

Pada hari Ahad, aktiviti dimulakan dengan Khidmat Masyarakat iaitu membersihkan sekitar kawasan Sk Sg Bedaun. Kemudian pertandingan kawad kaki telah dijalankan. Pertandingan ini telah diadili oleh Encik Mohd Azwan Bin Saad, Puan Mylsa Musah dan Puan Zubaidah Yusuf.  Antara unit uniform yang menyertai pertandingan ini adalah PBSM,TKRS,PPIM dan Pengakap Malaysia. Kemudian raptai untuk majlis penutupan.

Perasmian Majlis Penutupan Perkhemahan telah disempurnakan oleh Puan Dg.Sarifah Binti A.Mahmod (Guru Besar,Sk Sg Bedaun).Dalam majlis penutupan, murid-murid telah mendapat hadiah dalam pertandingan-pertandingan yang dipertandingkan sepanjang perkhemahan unit beruniform Sk Sg Bedaun.

Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar kepada ketua kumpulan.Bagi penyampaian anugerah peserta perkhemahan terbaik 2019 telah dinobatkan kepada adik Awang Muhammad Aqil Fakhri Bin AG Jasri kategori peserta lelaki dan adik Nurfatinah Uzma Binti Maslin bagi kategori peserta perempuan.Selain itu penyampaian sumbangan kepada murid-murid yang berkelayakan juga telah diberikan.

Dalam ucapan perasmian penutupan, Puan Dg. Sarifah binti A. Mahmod (Guru Besar, SK Sungai Bedaun), mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Semua guru, dan AKP yang telah menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform SK Sungai Bedaun 2019 pada kali ini.

Diharapkan, Objektif Perkhemahan untuk membentuk ketahanan fizikal dan mental ahli Unit Beruniform serta membentuk sikap berdaya saing dalam menempuh pelbagai cabaran  dapat dicapai melalui aktiviti yang telah murid-murid lalui sepanjang perkhemahan ini.

Berita Oleh : SK Sungai Bedaun

Encik Raisin saidin bersama Puan Dg. Sarifah bergambar bersama Kumpulan yang berjaya mendapat tempat petama yang mendapat markah tertinggi hasil kutipan markah setiap aktiviti yang di petandingkan
Peserta Terbaik Perkhemahan Kategori Lelaki (adik Awang Muhammad Aqil Fakhri Bin AG Jasri) dan peserta terbaik perkhemahan kategori perempuan Nurfatinah Uzma binti Maslin bergambar bersama hadiah masing masing sambil diperhatikan oleh Dg Sarifah, Pn. Noraliza Albi PK Pentyadbiran En. Aizam PK. Kokuriklulum dan Pn Zubaidah PK HEM.

Loading

image_pdfimage_print