Majlis Konvekesyen Anugerah Kecemerlangan SMK Lajau 2019 : Hargai dan Gilap Potensi Murid

YB Datuk Rozman (Tengah) dan Encik Mohd Jamatin bersama pentadbir SMK Lajau

SMK LAJAU, berazam untuk terus menghasilkan peningkatan prestasi dalam bidang akademik dengan menjunjung slogan 1 SEMELA: PENGGERAK PEMBELAJARAN BERMAKNA yang menghargai dan menggilap potensi murid yang mempunyai latar belakang dan kebolehan yang berbeza-beza. Demikian ucapan Pengetua SMK Lajau dalam Majlis Konvokesyen Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2019 (Mkaks 2019) yang telah diadakan pada 02 November 2019 (Sabtu) di Dewan Serbaguna Jabatan Kastam WP. Labuan.

Majlis Konvokasyen Anugerah Kecemerlangan Sekolah ini merupakan program tahunan SMK Lajau. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan sijil penghargaan dan kecemerlangan kepada semua murid aliran perdana dan pendidikan khas yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik pada tahun 2019 sekali gus memberi sijil tamat sekolah kepada graduan yang akan menduduki SPM pada tahun 2019.

Majlis ini juga memberikan penghargaan dan pengiktirafan terhadap komitmen para guru dan panitia yang berjaya meningkatkan keputusan dalam peperiksaan awam.

YB Datuk Rozman di iringi para pentadbir SMK Lajau, berarak masuk Dewan untuk upacara Konvokesyen.

Majlis dimulai dengan ucapan aluan Pengetua SMK Lajau, Encik Mohd Jamatin bin Abd Latip, dalam ucapan beliau, menekankan perlunya kerjasama erat dalam kalangan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekeliling untuk membantu pihak sekolah perlu dikekalkan. Di pihak sekolah telah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi akademik dan kemenjadian anak-anak dalam semua bidang sama ada akademik, sahsiah, koakademik dan kokurikulum. Beliau mengajak semua ibu bapa bersama-sama sekolah dalam apa juga perkara ke arah kemenjadian anak-anak sekolah ini. Antara obejktif majlis ini ialah memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid Tingkatan 5 tahun 2019,

Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum serta memberikan penghargaan kepada guru-guru yang memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan menyumbangkan sepenuh tenaga kepada sekolah.

Majlis meraikan pelajar dan guru ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rozman bin Isli Ahli Parlimen P166, Labuan.

Dalam ucapannya beliau berkata, bahawa tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar sebagai penerima ilmu semata-mata demi menyediakan mereka untuk menempuh arus kehidupan pada abad ke-21 yang amat mencabar ini.

Menurut beliau lagi, penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku tanpa memerlukan sebarang rencana. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui kaedah tertentu perlu dilakukan oleh semua lapiran masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak. Seharusnya ibu bapa menitikberatkan soal pembelajaran anak-anak secara berterusan bukan sahaja di sekolah bahkan di rumah.

Beliau berkata, sebagai anak-anak yang cemerlang, kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT ke atas apa jua pencapaian kita. Anda tidak akan berada di pentas tanpa bantuan daripadaNya. Sentiasalah berdoa dan berusaha untuk terus cemerlang duniawi dan ukhrawi. Berterima kasihlah kepada ibu bapa kerana memberi anda pendidikan yang sempurna dengan bersulam kasih sayang, wang ringgit, perlindungan rohani dan jasmani. Keringat dan usaha mereka perlu dibayar dengan sebuah kejayaan. Kejayaan juga tidak bermakna jika anak-anak hanya berjaya dari segi akademik tetapi gagal dalam urusan membina sahsiah dan budi pekerti yang mulia. Hal ini sudah pasti menjadi satu kerugian kepada negara kerana para pelajar merupakan aset dan menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan yang menjadi pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Sementara itu, majlis ini juga turut dihadiri oleh wakil Pengarah Pendidikan Labuan, pegawai angkat sekolah dan AJK PIBG SMK Lajau.

Berita Oleh : SMK Lajau

YB Datuk Rozman dan Encik Mohd Jamatin bersama Pentadbir Sekolah
Encik Sabdin Japaruddin, wakil rasmi Pengarah Pendidikan Labuan ( Tengah ), Encik Mohd Jamatin(Kiri), Puan Nor Ain,  Encik Jasmi (kanan), Encik Subari, Puan Noraini bersama pelajar yang menerima anugerah  

Loading

image_pdfimage_print