Slogan “BERJARIH, BERKARIH, BERLURIH” Menjadi Kekuatan Guru Dalam Meningkatkan Kemenjadian Murid SK Kerupang

Berita Oleh : Puan Siti Khadijah Din, SK Kerupang

Labuan, 17 Nov – Majlis Apresiasi Sekolah Kebangsaan Kerupang  2019 yang diadakan di Pusat Kokurikulum, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan (JPWPL), Ahad lalu berlangsung dengan cukup meriah. Dianggarkan seramai 250 orang ibubapa dan murid hadir pada majlis ini.

Majlis itu diadakan bagi meraikan, mengiktiraf dan juga sebagai perangsang kepada murid yang cemerlang dalam akademik, Kokurikulum, dan sahsiah sepanjang tahun 2019. Selain itu juga anugerah ibu bapa prihatin juga diberikan atas kerjasama dan keprihatinan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah .

Guru Besar SK Kerupang, Pn. Hjh Aini Hj Salleh berharap, majlis itu dapat membuatkan murid-murid tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik SK Kerupang serta lebih berusaha pada tahun hadapan.

“Tahniah diucapkan kepada para guru yang telah bertungkus-lumus mendidik dan memberikan tunjuk ajar. Kemenjadian murid bermula di SK Kerupang. Slogan “Berjarih, Berkarih, Berlurih” diharap akan meningkatkan kemenjadian murid”. Puan Hjh Aini

Gambar Kenangan : Barisan guru-guru SK Kerupang

Majlis dirasmikan oleh Yang Berusaha En. Asmawi bin Hj Ahmad, Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPWPL.

Menurut beliau, kehadiran ibu bapa mencerminkan komitmen dan hubungan silaturahim yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah. Permuafakatan sangat penting antara ibu bapa dan guru menerusi PIBG. Hubungan yang erat dan mesra, diiringi kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru diibaratkan seperti aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama ini sudah pasti menjadi pendorong dan pemudah cara dalam setiap usaha ke arah kemajuan anak-anak kita sebagai tonggak masa hadapan.

“Kejayaan anak-anak adalah simbol kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara kita semua. Mudah-mudahan semangat dan komitmen yang tinggi akan dapat ditingkatkan lagi supaya sekolah akan mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang”. Katanya dalam ucapan perasmian.

Antara hadiah dan penghargaan yang diberikan ialah Terbaik Keseluruhan Tahap 1, Kedudukan Terbaik Dalam Kelas Tahap 2, Terbaik Mata Pelajaran Tahap 2, Sahsiah Terbaik, Anugerah Akademik, Anugerah Kokurikulum, Anugerah SUMUR dan Anugerah Ibu Bapa Prihatin. Seramai 120 murid menerima sijil yang disampaikan oleh Yang Berusaha En. Asmawi bin Hj Ahmad dan Yang Dipertua PIBG SK Kerupang, Nik Hisyam Ubaidillah bin Nik Hishamuddin.

Anugerah Akademik dianugerahkan kepada Nur Fariha Dania binti Usamah, Anugerah Ko Kurikulum pula dianugerahkan kepada Abdullah Azfar bin Mohammad Hafez manakala Muhammad Irfan bin Ahmad dinobatkan sebagai Tokoh Sahsiah Unggul Murid (SUMUR). Anugerah Tokoh SUMUR merupakan anugerah utama yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang secara seimbang dalam akademik dan sahsiah.

Berita Oleh : Puan Siti Khadijah Din, SK Kerupang

Sebahagian ibubapa dan murid yang hadir dalam majlis ini

Loading

image_pdfimage_print