Program Interaksi Akademik SMK Taman Perumahan Bedaun Dapat Sambutan Ibubapa

Sesi penyerahan slip peperiksaan dan interaksi bersama guru mata pelajaran

Labuan 16 Nov Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB) telah mengadakan Program Interaksi Akademik antara ibu bapa murid tingkatan empat bersama guru-guru sekolah.

Objektif utama program ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa tentang pencapaian anak-anak mereka dalam Peperiksaan Akhir Tahun baru-baru ini.

Rata-rata daripada ibu bapa yang hadir amat berpuas hati dengan program yang diadakan oleh pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan murid-murid dalam pencapaian akademik memandangkan murid-murid ini merupakan calon SPM pada tahun 2020.

Dalam ucapan Encik Ag. Rozlan Hj. Manan (PK Pentadbiran), beliau menyeru agar ibu bapa terus memberikan komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah untuk sama-sama berusaha meningkatkan pencapaian anak-anak.

Beliau berharap agar murid-murid tingkatan empat yang akan menduduki SPM 2020 akan memperoleh sekurang-kurangnya ‘C’ dalam semua mata pelajaran, di samping mendapat peningkatan ‘A’ dalam setiap mata pelajaran.

“Mudah-mudahan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun akan dijadikan sebagai motivasi dan juga batu loncatan kepada murid-murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM 2020”. Encik Ag. Rozlan

Pihak sekolah amat yakin bahawa kerjasama yang padu daripada ibu bapa pasti dapat melahirkan murid-murid yang mampu berdaya saing sama ada dari aspek pencapaian akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Semoga SMKTPB terus melangkah ke hadapan demi kemenjadian muridnya. Turut hadir Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan. Chai Yee San dan mantan pengetua Puan Hajah Jijah binti Mohamad Suhai.

Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun

Kaunter Hal Ehwal Murid turut dibuka untuk membincangkan isu sahsiah murid

Loading

image_pdfimage_print