Aktiviti Kembara Ilmu Tahun 6, SK Pekan Dua Labuan

Murid-murid berpeluang memegang anak buaya di Crocodile Farm, Tuaran

LABUAN – Seramai 11 orang murid dari SK. Pekan II, W.P Labuan telah berpeluang mengikuti Aktiviti Kembara Ilmu Tahun 6 selama 4 hari, 3 malam di Sabah pada  8 November 2019 hingga 11 November 2019 baru-baru ini. Rombongan murid-murid ini menaiki feri kenderaan dari W.P Labuan ke Menumbok, Sabah.

Rombongan murid dan guru terus bergerak menaiki van Jabatan Pendidikan WP. Labuan  ke Kota Belud, Sabah. Mereka tiba di Nahandang , Melangkap Camp Site untuk menjalankan aktiviti seperti sukanneka, diikuti aktviti mengenal diri rakan melalui tulisan di atas kertas. Murid-murid juga berpeluang untuk mandi-manda di sana.

Seterusnya, rombongan dibawa untuk mencanting batik di Rothman Batik Sdn. Bhd, menjelajahi Borneo Ant House dan bersiar-siar di Centre Point, Kota Kinabalu Sabah.

Bukan itu sahaja, murid juga telah bersiar-siar sekitar Cowboy City, Tuaran, Crocodile Farm Tuaran serta Imago Mall.

Pengetahuan mengenai bidang-bidang kerja dan kemahiran juga didedahkan kepada murid-murid melalui lawatan di  Sabah Skill & Technology Centre,Sabah.

Berita Oleh : SK Pekan Dua

Comboy City, Tuaran

Loading

image_pdfimage_print