SK Pekan Dua Turut Semarakkan Pelancaran Kibar Bendera Wilayah Persekutuan 2020

Murid-Murid dan Guru-guru SK Pekan Dua ceria di Majlis Pelancaran Kibar Bendera Wilayah Persekutuan

Labuan, 19 Jan 2020 – SK Pekan Dua turut serta dalam menyemarakkan Majlis Pelancaran Kibar Bendera Wilayah Persekutuan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Dataran Labuan.

Kontijen SK Pekan Dua diwakili oleh 20 orang murid daripada Unit Beruniform Pengakap dan Pandu Puteri Tunas dengan diiringi oleh 5 orang guru.

SK Pekan Dua telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3 dalam Pertandingan Sepanduk Wilayah Kreatif daripada 35 pasukan yang terdiri daripada sekolah-sekolah sekitar Labuan, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.

Guru-guru pengiring merakam kenangan bersama murid-murid SK Rancha-Rancha

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Amir bin Haji Hussien, Pengerusi Perbadanan Labuan (PL). Turut hadir sama ialah YBrs. Dr. Fary Akmal binti Osman (Ketua Pegawai Eksekutif PL), Ahli-ahli Majlis Penasihat PL, Pengurusan Tertinggi PL, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, swasta serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Majlis ini juga merupakan salah satu pengisian program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 yang mana diadakan serentak dengan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan bertemakan ‘Sayangi Wilayahku’.

Di samping itu, majlis mendidik warga Wilayah Persekutuan Labuan tanpa mengira kaum dan peringkat umur supaya mencintai dan menghormati bendera di samping menyemarakkan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dengan kibaran bendera di seluruh pulau ini yang secara tidak langsung menaikkan semangat muhibah serta mengeratkan integrasi dalam kalangan warganya.

Berita Oleh : SK Pekan Dua

Bersemangat murid-murid dalam perarakan sepanduk dan kibar bendera Wilayah Persekutuan
Menerima hadiah kemenangan daripada Dato’ Sri Haji Amir

Loading

image_pdfimage_print