Rumah Mustari Juara Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa SMK Taman Perumahan Bedaun Tahun 2020

Juara Keseluruhan kejohanan mentas desa Rumah Musytari bersama Pn. Sapiah dan barisan pentabdir sekolah

Labuan, 22 Januari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB) telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kali ke-16. Acara ini telah dimulakan seawal jam 7 pagi.

Satu taklimat keselamatan telah diberikan oleh Encik Ahmad Yusri bin Che Daud (Setiausaha sukan) kepada peserta sebelum acara dimulakan. Acara ini telah disertai oleh 4 buah rumah sukan iaitu Musytari, Marikh, Zuhal dan juga Neptune.

Tepat jam 7.30 pagi, naib  YDP PIBG SMK Taman Perumahan Beduan Puan Sapiah Omar bersama pegawai angkat sekolah Encik Awang Adi bin Tuah telah melepaskan peserta acara merentas desa bagi kategori Lelaki bawah 18 tahun.

Jarak larian bagi kategori lelaki bawah 18 tahun ialah 8 km, manakala kategori Perempuan bawah 18 tahun, Lelaki bawah 15 tahun dan Perempuan bawah 15 tahun ialah 6km.

Kejohanan tahun ini berjalan dengan lancar dengan mendapat bantuan keselamatan daripada anggota Polis dan Angkatan Pertahanan Awam. Ibu bapa juga turut hadir memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah.

Aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan merentas desa

Majlis perasmian penutupan  Kejohanan ini telah disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua PIBG SMK Taman Perumahan Bedaun, Puan Sapiah Binti Omar.

Juara bagi kategori bawah 18 tahun, kategori lelaki dimenangi oleh Azrin Shah dengan masa larian 40.10 minit, manakala juara bagi kategori perempuan dimenangi oleh Nurul Umira Balqis dengan masa larian 34.57minit.

Bagi kategori bawah 15 tahun pula, juara kategori lelaki dimenangi oleh Mohd Haikal Ifzan dengan masa larian 28.52 minit, manakala kategori perempuan dimenangi oleh Nurul In Binti Alan dengan masa larian 36.41minit.

Juara keseluruhan dimenangi oleh Rumah Sukan Musytari, Naib johan Rumah Marikh, tempat ketiga Rumah Zuhal dan diikuti rumah Neptune.

Pengetua En. Ag Rozlan bin Manan, Penolong KoKurikulum Pn. Lau Chin Ying dan Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Chai Yee San turut hadir dalam majlis ini.

Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun

Perlepasan dilaksanakan oleh Naib Yang Dipertua PIBG Pn. Sapiah bersama Pegawai Angkat Sekolah, En. Awang Adi
Penglibatan PIBG membantu menjaga checkpoint

Loading

image_pdfimage_print