Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Pekan Satu

Encik Husli selaku penyelaras program dan Ustaz Sayuti selaku ketua rumah sukan berfotografi bersama juara eseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan SKPS kali ke-66.

Labuan,  22 Januari 2020 – Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Pekan Satu telah berlangsung selama 4 hari bermula 17, 20, 21 dan 22 Januari, 3 hari dilangsungkan di SK Pekan Satu iaitu acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Manakala kemuncak kejohanan pada 22 Januari diadakan di Kompleks Sukan W.P.L bagi acara balapan dan kawad kaki.

Seramai 426 murid menyertainya yang terdiri daripada murid perdana dan  PPKI. Kejohanan ini bertujuan memupuk semangat berjuang dalam sukan yang kental, menyemai sifat-sifat terpuji dalam diri murid, membina daya kepimpinan dalam berpasukan serta memperkasa sahsiah modal insan yang cemerlang melalui kejohanan yang disertai disamping mampu mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid.

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-66 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPWPL Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad selaku wakil Pengarah JPWL Tuan Raisin bin Saidin.

Kejohanan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan Sekolah JPWPL merangkap NYDP PIBG SKPS Puan Zaliha binti Mohd Salleh, Guru Besar SK Pekan Satu Puan Anita Shyamini A/P S. Azman dan AJK Biro Kewangan Pibg Encik Yassin bin Tawih.

Dari kiri Encik yassin, Puan Anita, Tuan Haji Abdul Rahman dan Puan Zaliha.

Hadir sama PK Hem SKPS Puan Normah Binti Rahimi, PK Kokurikulum SKPS Encik Esmit bin Amat, PK PPKI SKPS Encik Mohd Faisal bin Haji Moin, AJK PIBG SKPS, 85 orang guru dan 159 orang ibu bapa turut hadir memeriahkan majlis ini.

Dalam kejohanan ini Rumah Merah merupakan johan keseluruhan dengan mengutip 18 emas, 17 perak dan 14 gangsa. Tempat kedua disandang oleh Rumah Hijau sementara tempat ketiga disandang oleh Rumah Kuning dan tempat keempat disandang oleh Rumah Biru. Juara kawad kaki dan Maskot terpersona dimenangi oleh Rumah Biru.

Anugerah Olahragawan harapan pula dimenangi oleh Mohd Nur Hafiz Idwan bagi kategori 12 tahun, Nur Mohd Eddy Zulkarnain bagi kategori 11 tahun, Hafiz Zul Hakim bagi kategori 10 tahun dan Al Mansur Bin Gani bagi kategori PPKI.

Puan Anita menyampaikan piala juara keseluruhan kejohanan Sukan SKPS kepada wakil rumah merah.

Menurut Tuan Haji Abdul Rahman, kalah menang merupakan adat pertandingan. Dalam apa-apa kejohanan sekalipun, semangat kesukanan yang tinggi adalah diperlukan. Kekalahan bukan bererti gagal sebaliknya langkah untuk berjaya.

Menurut beliau lagi, sukan tahunan yang diadakan di peringkat sekolah merupakan gelanggang untuk mengasah bakat para pelajar dalam melahirkan atlet yang mampu mengharumkan nama negara pada masa hadapan. Beliau juga berharap agar pelajar dapat menjayakan acara sukan dengan cemerlang dan bekerja dalam pasukan apabila terlibat dalam acara berkumpulan.

Selesai perasmian oleh Tuan Haji Abdul Rahman, acara perbarisan yang disertai oleh semua kontinjen pasukan daripada semua rumah sukan membuka tirai persembahan. Setiap kontinjen dinilai dan kontinjen yang terpilih menerima hadiah semasa sesi penutupan sukan diadakan. Hanya beberapa acara balapan dipertandingkan iaitu larian 400 meter, 200 meter, 100 meter, 80 meter, 4×200 meter dan 4×100 meter.

Semua kontinjen pasukan daripada semua rumah sukan bersedia membuka tirai persembahan.

Guru Besar SK Pekan Satu, Puan Anita Shyamini memberitahu melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mnecapai kecemerlangan dalam bidang ini malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. “Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial” tambahnya lagi.

Penyelaras program, Encik Mohammad Husliathir bin Hussin melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua kerana majlis ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Tambahnya lagi, mengucapkan ribuan terima kasih kepada McDonald’s kerana sudi menjalankan Program Komuniti McDonald’s and RMHC kepada atlet SKPS. Beliau juga berharap agar majlis ini selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan murid-murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

Berita Oleh : SK Pekan Satu

Guru-guru serta ibubapa membantu memulakan larian bagi acara 80 meter kategori PPKI.
Rumah Biru menjuarai kawad kaki serta maskot terpersona pada Kejohanan Sukan Tahunan SKPS kali ini.
Guru-guru bersedia untuk menjalankan tugas sebagai hakim balapan.

Loading

image_pdfimage_print