Sedekad Menjulang Kejuaraan SM Sains Labuan

Kontinjen Merentas Desa SMSL 2020

Labuan 10 Feb 2020 – Sekolah Menengah Sains Labuan muncul juara sekali bagi tahun yang ke-10 selepas memenangi kejohanan ini dari tahun 2011 hingga 2020.

Kejohanan Merentas Desa MSSWPL ini telah berlangsung pada 8 Februari 2020 bertempat di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan. Dalam kejohanan tersebut, Sekolah Menengah Sains Labuan telah menjadi johan bagi kategori P15, johan kategori L15, johan bagi kategori P18 dan johan bagi kategori L18 sekaligus melayakkan SMSL dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori sekolah menengah dalam kejohanan Merentas Desa MSSWPL 2020.

Mahamad Shukri Said (dua dari kiri), Prof. Dr. Jualang@Azlan Abdullah Gansau (empat dari kiri), Raisin Saidin (di tengah) turut hadir memeriahkan kejohanan merentas desa MSSWPL 2020

Bagi kategori P15, Aysya Sofya telah mendapat tempat kedua, diikuti Faraa’ain di tempat ketiga, Fatin Ridanni di tempat keempat dan Nazurah di tempat kelima.

SMSL memboloti kategori L15 apabila kelima-lima pelarinya berada di tempat teratas iaitu Fauzi di tempat yang pertama, diikuti oleh Ameer Haikal ditempat kedua, Aiman di tempat ketiga, Uzair di tempat keempat dan akhir sekali Hafiz Haziq di tempat kelima.

Farahsyikin, Jenevy, Olivia dan Camelia turut mendapat tempat pertama, kelima, keenam dan ketujuh dalam kategori P18 tahun. Kategori L18 tahun tidak menghampakan apabila Hafiz, Ian Colin, Hans Zigler, Adnan, dan Azib masing-masing mendapat tempat pertama, keenam, ketujuh, kesembilan dan kesepuluh.

Pengetua SM Sains Labuan, Tn Hj Mahamad Shukri Said melahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan ini.

Menurut beliau, kesungguhan, kerjasama dan doa seluruh warga SM Sains Labuan amat penting dalam mencapai kejuaraan ini. Jurulatih utama pasukan Merentas Desa SMSL, Cik Avila Sanis berkata kerjasama dan tanggungjawab semua atlet yang terpilih turut memainkan peranan dalam kemenangan ini.

Kejohanan Merentas Desa MSSWPL kali ini turut dimeriahkan oleh Tn. Raisin Saidin, Pengarah JPNWPL dan Prof. Dr. Jualang@Azlan Abdullah Gansau, Pengarah UMSKAL. Kontinjen Merentas Desa SM Sains Labuan yang berjaya akan membuat persediaan rapi ke Kejohanan Merentas Desa MSSM 2020 yang dijangka akan berlangsung di W.P Putrajaya Mac nanti.

Johan kategori L18 dan L15
Johan kategori P18 dan P15

Loading

image_pdfimage_print