Kejutan Tarian Singa Tambah Eratkan Perpaduan Di Kalangan Warga SKK SK Rancha-Rancha W.P Labuan

Berdiri dr Kiri : Heveldy , Rodhy Edward (GPK PKhas), Shawal Abd Rahman (GPK HEM) , Mr Terrence (pengurus Persatuan Tarian Singa), Norinnie Kassim (Guru Besar), Chin Jin Vun, Zulkifli Pabin (GPK Kokurikulum)

LABUAN, Jumaat – Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (Sekolah Kluster Kecemerlangan) telah menerima kejutan tarian singa yang dirancang oleh barisan pentadbiran sekolah SKK SK Rancha-Rancha. Kumpulan tarian singa daripada Persatuan Penganut Dewa Yin Fu Dian Kerupang 1 WP Labuan amat mengujakan murid dan juga guru.  

Guru Besar, Pn Norinnie binti Kassim bersama barisan pentadbir sekolah amat berbesar hati meraikan semua warga sekolah terutama kepada guru dan murid yang menyambut Tahun Baru Cina.

Kejutan yang dibuat ini adalah antara aktiviti dalam Pendidikan Sivik, iaitu hormat menghormati. Di samping menyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan semua warga sekolah yang terdiri dari berbilang kaum.

Skop dan nilai moral yang ingin dikongsikan ialah hormat menghormati, kasih-sayang, amalan berbudi bahasa berterusan dan sama-sama meraikan sambutan dan perayaan kaum dan bangsa lain.

Cik Chin Jin Vun bersama murid-murid.

Turut hadir dalam acara ini Pn Midah binti Yusop (GPK Pentadbiran), Encik Shawal bin Abdul Rahman (GPK HEM), Encik Zulkifli bin Pabin (GPK Kokurikulum), Encik Rodhy Edward Anak Edward Jalin (GPK Pendidikan Khas) dan Encik Laidin Saipin (Pengerusi Kelab Staff Sekolah).

Guru Besar berharap agar kerjasama dan jaringan yang dibuat ini akan berterusan dan berharap agar perpaduan dan semangat keharmonian di kalangan warga sekolah khususnya dan seluruh warga Malaysia amnya.

Loading

image_pdfimage_print