Pelancaran Program “GO GREEN” Membawa Impak Positif Terhadap Kesedaran Menjaga Kelestarian Alam Sekitar dan Pencemaran Alam

Datuk Doktor Shahruddin Bin Md Salleh bersama Encik Raisin Saidin, Dr Fary Akmal Osman dan Encik Yahya Ahmad Puteh, Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan WP Labuan dan Pegawai-Pegawai Perbadanan Labuan.

Labuan, 8 Feb 2020 – SMK Rancha-rancha (SMKRR) telah terpilih untuk majlis pelancaran   Program “GO GREEN” iaitu satu program yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan WP Labuan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha bertuah kerana dipilih menjadi lokasi pelancaran yang telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh , Timbalan Menteri Wilayah persekutuan . Majlis ini juga dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Wan Ahmad Uzir Bin HJ Wan Sulaiman, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan bersama isteri.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Esekutif  Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, En Raisin Saidin dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha, Encik Yahya Ahmad Puteh.

Yang berhormat Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh , Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan menyampaikan ucapan Perasmian.

Program ini merupakan satu bentuk kempen kesedaran kepada setiap orang yang bertujuan untuk memelihara dan  melindungi bumi daripada bahaya “ Global Warming” yang semakin hari semakin membimbangkan, kesan daripada perbuatan manusia dan tindakan manusia yang tidak terkawal.

Ia juga merupakan kempen “ Low Carbon” dalam bandar. Penanaman pokok teduhan di bandar  bertujuan untuk serapan karbon. Selain itu amalan 3R, Reuse, Reduce, dan Recycle perlu dibudayakan di peringkat sekolah lagi supaya pendidikan alam sekitar ini dapat disemai sejak awal lagi. Secara ringkasnya  maksud “GO GREEN”  adalah kempen kesedaran penjagaan  dan pelestarian Alam sekitar dalam kalangan masyarakat amnya dan para pelajar khususnya.

Dalam program ini , Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin telah menerima anak pokok daripada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Beberapa  sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh Labuan juga menerima sepohon anak pokok  sebagai tanda untuk pendidikan pemuliharaan alam sekitar di sekolah-sekolah.

Encik Raisin Saidin kenerima anak pokok daripada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Selain daripada anak pokok, Perbadanan Labuan juga telah menyumbang Tong Kitar semula kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha untuk kegunaan pelajar sekolah itu agar dapat menggalakkan pelajar-pelajar membuang sampah mengikut kategori, kerana ini merupakan satu langkah penting dalam kempen 3R iaitu “ Reuse” “Reduce” dan “Recycle”. Tong sampah kitar semula telah di sampaikan sendiri oleh Yang berhormat Datuk Doktor Shahruddin Bin Md Salleh , Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan kepada En Yahya Bin Ahmad Puteh , Pengetua Sekolah Mennegah kebangsaan Rancha-Rancha.

Dalam masa yang sama, Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha juga telah menerima sumbangan sebanyak RM 20,000 untuk memperkasakan amalan penghijauan bumi di sekolah.

Majlis  juga turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan kerajaan, pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan WP Labuan, ketua-ketua kampung dan rakan-rakan media.

Berita Oleh : SMK Rancha-Rancha

Encik Yahya Bin Ahmad Puteh Menerima Tong sampah Kitar Semula sumbangan Perbadanan Labuan.

Loading

image_pdfimage_print