Rumah Neptune Juara Baharu Kejohanan Olahraga SMK Taman Perumahan Bedaun 2020

Labuan, 16 Feb 2020 – Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB) telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Kali Ke-20 dengan penuh gilang- gemilang di Kompleks Sukan Labuan.

Satu taklimat keselamatan telah disampaikan oleh Pn. Rosenani Farera Michael (Penyelaras Kejohanan) kepada peserta sebelum acara dimulakan. Acara ini disertai oleh 4 buah rumah sukan iaitu  Rumah Zuhal, Rumah Neptune, Rumah Musytari dan Rumah Marikh.

Kejohanan tahun ini berjalan lancar dengan mendapat bantuan keselamatan daripada anggota Angkatan Pertahanan Awam. Ibu bapa juga turut hadir memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah.

Majlis perasmian penutupan Kejohanan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Angkat SMK Taman Perumahan Bedaun, En Awang Adi bin Tuah. Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah En. Ag Rozlan bin Manan (Pengetua), Pn. Lau Chin Ying (PK Kokurikulum) dan Penolong Pn. Chai Yee San (Pen. Kanan Pentadbiran).

Barisan Warga SMK Taman Perumahan Bedaun yang menjayakan Olahraga SMK TPB
Penyampaian hadiah acara 4x100m acara guru dan Ibubapa

Olahragawati bagi kategori P15, dimenangi oleh Nursuhada Majeedah Binti Abu Bakar (2 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa, 1 Rekod Baru), manakala olahragawan L15, dimenangi oleh Arbelleo Christanley (3 Emas dan 1 Rekod Baru). Seterusnya, Olahragawati P18, dimenangi oleh Karen Hana Besar (3 Emas, 2 Perak dan 3 Rekod Baru), Olahragawan bagi L18, dimenangi oleh Mohd Rizal Awing (3 Emas dan 1 Rekod Baru).

Juara keseluruhan dimenangi oleh Rumah Sukan Neptune, Naib Johan pula Rumah Zuhal, tempat ketiga Rumah Musytari dan diikuti Rumah Marikh. Manakala untuk acara perbarisan dan pasukan sorak, Rumah Musytari telah dinobatkan sebagai juara

Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun

Murid SMK TPB, bersiap Sedia untuk acara larian
Pasukan Sorak Rumah Musytari

Loading

image_pdfimage_print