Program Jom Ke Sekolah Dapat Menangani Masalah Disiplin Melalui Jaringan Pemuafakatan PDRM Dengan Sekolah

PPS ASP Davis AK Wesley, Penolong PPS Inspektor Iskandar bin Aini, barisan pentadbir, guru-guru dan semua murid bersama dalam Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Buku Panduan PPS

Labuan, 21 Feb 2020 – Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun telah mengadakan program Permuafaktan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah Tahun 2020 dan Pelancaran Buku Panduan PPS pada 21 Februari (Jumaat) bertempat di Dataran Bedaun, SMK Taman Perumahan Bedaun.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan kerjasama lebih mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah, agar dapat menghindarkan murid daripada ponteng sekolah, membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau luar sekolah.

Kehadiran Pegawai Polis yang juga selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SMK Taman Perumahan Bedaun iaitu ASP Davis Ak Wesley yang turut menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara sempena Program Jom Ke Sekolah peringkat sekolah tahun 2020.

Majlis ini turut dihadiri Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Encik Peter Wong dan Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Inpektor Iskandar Bin Aini yang turut sama terlibat melakukan simbolik pelancaran program Jom Ke Sekolah bersama-sama pentadbir sekolah.

Pengetua Encik Ag Rozlan bin Manan, PK Pentadbiran Puan Chai Yee San, PK Kokurikulum Puan Lau Chin Ying turut bersama melancarkan program ini. 

Encik Ag Rozlan yang membacakan perutusan Timbalan Menteri Pendidikan turut menegaskan permuafakatan KPM dan PDRM melalui PPS sentiasa diperlukan memastikan sekolah kawasan selamat dan ceria kepada murid.

Pelancaran Buku Panduan PPS turut diadakan dengan penyerahan Buku Panduan PPS oleh Pegawai Perhubungan Sekolah ASP Davis AK Wesley kepada Pengetua Encik Ag Rozlan bin Manan. Buku Panduan PPS dapat memberi panduan dan penerangan tentang tugas, peranan, tanggungjawab PPS melalui kerjasama PPS dengan pihak sekolah untuk memantapkan disiplin murid.

Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Dan Pelancaran Buku Panduan PPS bersama oleh PPS dan barisan pentadbir sekolah

Loading

image_pdfimage_print