SMK Labuan Cipta Hatrik Johan Keseluruhan Catur MSSWPL 2020

Gambar Kenangan : Johan Keseluruhan Pasukan Catur SMK Labuan 2020

Labuan, 1 Mac 2020 – SMK Labuan mencipta hatrik Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWPL) 2020, setelah menjadi johan keseluruhan 3 tahun berturut-turut bermula tahun 2018.

Kejohanan Catur MSSWPL 2020 telah berlangsung di Dewan SK Layang-Layangan pada 25 hingga 28 Februari lalu.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Labuan, Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad.

SMK Labuan muncul johan berpasukan bagi kategori Lelaki 18 tahun, Perempuan 18 tahun, Lelaki 15 tahun dan naib johan berpasukan bagi kategori Perempuan 15 tahun.

SMK Labuan menyapu bersih kategori Lelaki 18 tahun dengan Wong Wei Jie dinobatkan sebagai johan, Lim Chee Yong naib johan dan Wong Wei Hao di tempat ketiga.

Tuan Haji Abdul Rahman menyampaikan Trofi Johan Berpasukan L18 kepada Cikgu Masyitah Musa

Edison Lau Wei Chun meraih johan bagi kategori Lelaki 15 tahun, manakala Connie Lam Poh Yi dan Celine Tan Xing Er masing-masing meraih naib johan dan ketiga kategori Perempuan 18 tahun.

Guru Penasihat Pasukan Catur SMK Labuan, Cikgu Cheah Teong Aik, Cikgu Masyitah Binti Musa, Cikgu Rubaizah Binti Basir dan Cikgu Liaw Chia Chiun.

Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan catur SMK Labuan di atas kejayaan yang membanggakan ini dan berharap pasukan akan lebih gigih berlatih untuk persiapan kejohanan peringkat kebangsaan kelak.

“Kejayaan ini adalah berkat daripada usaha Kelab Catur SMKL yang aktif melaksanakan Klinik Catur peringkat sekolah secara konsisten utk memastikan sentiasa ada pemain pelapis untuk kejohanan-kejohanan akan datang.” Encik Ismail Abdullah

Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dijangka akan diadakan pada 14 hingga 20 Mac 2020, di Kuala Lumpur.

Berita Oleh : SMK Labuan

SMK Labuan Johan Berpasukan L15 , Cikgu Rubaizah Basir menerima trofi kemenangan
Johan Berpasukan P18
Tuan Haji Abdul Rahman menyampaikan Trofi Johan Keseluruhan kepada En Cheah Teong Aik (PK Kokurikulum SMKL)

Loading

image_pdfimage_print