Pemimpin Sekolah Labuan Hadiri Kursus Pembugaran dan Bengkel Pengisian Data SKPMg2

Puan Khaziyati Osman (duduk, tiga dari kiri), Puan Hayati Mahmud (duduk, tiga dari kanan), Puan Irfah Samahah Abu Bakar (duduk, dua dari kanan) dan Puan Kamariah Salim (duduk, kanan) bergambar kenangan bersama pengetua, penolong kanan dan pegawai angkat sekolah selepas tamat Kursus Pembugaran dan Bengkel Pengisian Data SKPMg2.

Labuan, 1 Mac 2020 – Seramai 38 Pengetua, Guru Penolong Kanan  dan pegawai angkat sekolah telah menghadiri Kursus Pembugaran dan Bengkel Pengisian Data SKPMg2 yang diadakan di Bilik Benua, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) pada 28 dan 29 Februari 2020.  

Kursus ini bertujuan untuk membangunkan kompetensi Pasukan Pelaksana Standard (PPS) dalam SKPMg2 dan membugarkan kemahiran proses pelaksanaan SKPMg2 dalam kalangan pegawai angkat sekolah, Senior Leader Team (SLT) dan Pasukan Pelaksana SKPMg2 di peringkat sekolah. Kursus ini diurusetiakan oleh Sektor Perancangan, JPWPL.

SKPMg2 merupakan instrumen yang digunakan untuk memandu sekolah ke arah proses kerja yang betul dan meningkatkan akauntabiliti pihak pengurusan sekolah. Pemantauan dilakukan oleh jemaah nazir secara berterusan.

Menurut penyelaras kursus SKPMg2 merangkap Penolong Pengarah Sektor Perancangan, Puan Kamariah binti Salim, kursus ini diadakan sebagai inisiatif terhadap maklumbalas daripada laporan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) berkaitan dengan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) dan Audit Kebangsaan (2017). Didapati wujud jurang skor antara PKS dan Audit JNJK dalam standard 1 hingga standard 3 yang disebabkan oleh tahap kefahaman yang masih kurang tentang pemberian skor dalam kalangan Pengetua Guru Besar (PGB). Justeru, Task Force SKPMg2 perlu diadakan untuk mengatasi isu berkenaan.

“Kursus pembugaran ini sangat penting agar PGB dan PKS lebih yakin berkaitan cara penulisan evidens pelaksanaan dengan lengkap ke dalam sistem SKPMg2 bagi tiga fasa penilaian. Di samping itu perkongsian yang diperolehi melalui kursus ini dapat di sebar luaskan di kalangan warga sekolah khususnya dalam Penilaian Kendiri Sekolah yang berlangsung sepanjang tahun dan kemasukan data penilaian secara atas talian dalam portal NKRA.” katanya selepas kursus tersebut.

Menurutnya lagi, data SKPMg2 merupakan ‘tools’ yang digunakan oleh JPWPL untuk membuat analisis jurang bagi merancang program atau aktiviti bimbingan yang bersesuaian.

Kursus selama dua hari ini telah dikendalikan oleh Jemaah Nazir Sabah iaitu Puan Hayati Binti Mahmud yang berpengalaman luas dalam bidang penaziran selama 17 tahun dan Cik Irfah Samahah Binti Abu Bakar.

Peserta begitu khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Puan Hayati Mahmud .
Peserta sedang khusyuk berbincang tentang cara pengisian skor dan evidens dalam aktiviti berkumpulan.

Antara pengisian dalam kursus ini ialah penerangan tentang peranan dan tindakan jawatankuasa pasukan pelaksana standard (PPS) aspek kemahiran prosedur dan audit, kerangka proses pengisian portal NKRA, kemahiran pemberian skor untuk standard 1 hingga 4, kerja kumpulan dan pembentangan.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Perancangan JPWPL, Puan Khaziyati Binti Osman.

Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah di atas kehadiran dan komitmen yang tunjukkan oleh semua peserta sepanjang kursus ini dijalankan. Beliau turut mengingatkan berkaitan tugas-tugas di sekolah merupakan suatu cabaran yang  perlu dilaksanakan untuk mendapatkan keberkatan.

Tambahnya lagi berkaitan Integriti dan Realiti dalam pemberian skor SKPMg2, berdasarkan laporan analisis SKPMg2 yang dibentangkan oleh pihak nazir dalam Dialog Prestasi Nasional (DPN) pada 23 Februari lalu berkaitan standard 1 (kepimpinan), standard 4 (pengajaran dan pembelajaran) dan  standard 5 (keberhasilan), di dapati korelasinya adalah kecil.

Timbalan Pengarah Sektor Perancangan, Puan Khaziyati Osman sedang menyampaikan ucapan semasa Majlis Penutupan Kursus Pembugaran dan Bengkel Pengisian Data SKPMg2 Siri 1.

Standard 5 merupakan realiti terhadap keputusan peperiksaan awan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Tingkatan 3 (PT3), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Pentaksiran Aktiviti JAsmani Sukan Ko  kurikulum (PAJSK), Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM), Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan psikometrik.

Manakala standard 1 hingga 4 adalah pengisian kendiri yang dilakukan oleh pihak sekolah. Justeru memerlukan integriti yang tinggi dalam pengisian skor tersebut.

“Melalui kursus ini, JPWPL akan mengenalpasti jurulatih-jurulatih utama SKPMg2 untuk membantu merapatkan jurang skor verifikasi dan data penilaian kendiri sekolah. SKPMg2 juga diharap dapat dijadikan alat untuk menilai kerja buat kita di sekolah”. Katanya semasa berucap dalam majlis penutupan kursus.

Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun, Encik Ag Rozlan sedang membentangkan hasil perbincangan kumpulan.

Loading

image_pdfimage_print